Archive for February, 2011

>Emas sebungkal

February 28, 2011

>Cantik molek si sampir coteng
Pulut hitam ikan tenggiri
Arang di tangan usah diconteng
Kelak yang hitam tangan sendiri

Tukang canang situkang gendang
Tukang serunai situkang parang
Buruk orang usah didendang
Buruk sendiri jelas terpampang

Berkilau intan di laman bersawang
Emas sebungkal kusam tak laku
Usah disibuk dek aib orang
Pekerti sendiri baiki dahulu

>Indahnya perjalanan….

February 28, 2011

>

Perjalanan untuk mati akan jadi indah jika kita berjalan dengan kefahaman. Setiap kejadian yang kita lalui memberikan isyarat dan alamat. Semua pandangan akan jadi bermakna dengan syarat kita melihatnya dengan pandangan ilmu. Jika hidup pelita hati, nescaya bersinarlah hakikat. Bila hakikat bersinar, berpusu-pusulah ibarat kelkatu mencari lampu.

>Untuk koleksi / sample untuk tukang muda RM200 untuk 4 pcs ( SOLD)

February 28, 2011

>

>Kenapa…..?

February 25, 2011

>

Semua orang sedang bersembang riang, bila kita masuk jer..orang diam. Angkat kaki. Bila duduk dalam majlis pula tinggal kita seorang diri dan dicemuh oleh rakan-rakan. Kenapa? Manusia masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, tetapi kalau tak sedar diri dan muka jenis tak malu, usahkan manusia, lalat pun suatu hari tak sudi untuk hinggap.

>Kalimah….

February 25, 2011

>Seorang sahabat karib saya meminta saya mencari permata yang ada kalimah untuk tujuan tertentu. Jawapan saya sambil gelak-gelak, “tak cukupkah kalimah yang sudah berada di dalam dada “. Perbualan tamat di situ.

>Badik bajet RM110.00

February 25, 2011

>

Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah 5.8 inci
Pakaian sena

>Melela Selit RM1300.00 ( SOLD )

February 25, 2011

>

Melela selit
Panjang keseluruhan 14 cm
Bilah 9 inci
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

>Bukan nak bermusuh tapi tak nak berkawan

February 24, 2011

>

Mendengar radio ketika memandu adalah perkara biasa pada setiap orang. Beberapa bulan yang lepas saya sempat mendengar celoteh juruhebah Klasik Nasional yang membacakan sepucuk surat yang saya kira agak menarik. Antara ayat-ayat yang dibacakan ialah ” bukan bermusuh tapi tak nak berkawan”. Satu pendekatan dalam hubungan sosial yang menarik dan bijak. Apalah gunanya kita berkawan jika hati sering disakiti dan dilukakan. Lebi baik gunakan pendekatan, jumpa – salam, angguk, senyum dan angkat kaki. Selamat dunia akhirat.

>Offer RM280.00 ( SOLD )

February 24, 2011

>


Panjang keseluruhan 10 inci
Bilah 6.5 inci
Hulu kayu ibor
Sampir kemuning kuning
tapak kemunng hitam

>Design hulu keris – antara seni dan senjata

February 23, 2011

>

Terdapat pelbagai variasi hulu keris semenanjung. Ada yang panggil jawa demam/Dewa sejuk, ayam teleng, patah tiga/kerdas, tapak kuda, tangkai labu, tajong, coteng dan beberapa jenis lagi. Kepelbagaian ulu ini tambah rumit lagi untuk difahami dengan pelbagai variasi kefahaman dan ketidakfahaman. Sebaiknya kalau nak hulu keris yang sesuai untuk kita terutamanya untuk tempur kita kena duduk bersama tukang. Sebenarnya dalam dunia pertukangan keris, masih ramai tukang sampir yang tak mampu membuat hulu dengan cantik, ini belum diambil kira untuk hulu yang baik. Berdasarkan sedikit pengalaman sendiri, tukang ulas/kritik lebih dan amat pakar dalam menentukan kriteria hulu yang terbaik berbanding tukang buat.