Archive for May, 2010

Kunjungan Din Itali

May 29, 2010
Petang tadi seorang sahabat warganegara Italy sempat singgah ke rumah bersama-sama Tuan Aminuddin. Walaupun dah lama kenal Din saya tidak pernah bersembang panjang dengannya. Persahabatan kami bermula kerana sebiji hulu tajong. Cinta dan minatnya pada Islam dan budaya Melayu menyebabkan Din selalu menghabiskan cutinya di Kelantan. Beliau meminati dan belajar silat, fasih berbahasa Kelate dan juga beberapa bahasa antarabangsa lain. Jarang-jarang anak muda kita berderau darahnya apabila terdengar gendang silat, tapi Din sebalikknya.

Warna-warna hitam dalam kehidupan

May 29, 2010
Jika tidak ada warna hitam maka kita tidak akan mengenal erti putih. Sehubungan itu anggaplah titik-titik hitam dalam kehidupan sebagai satu panduan bagi memahami warna-warna kehidupan. Mengikut seorang sahabat tukang (Wan Manor) “anggaplah semua itu sebagai rencah kehidupan untuk mematangkan kita”. Tanpa warna hitam kita tidak akan berasa nikmat jatuh bangun dalam kehidupan.

Garam kehidupan..

May 28, 2010
Kadang-kadang sukar juga untuk faham perangai manusia. Untuk mendidik anak, dimomok-momokkan dengan hantu. Tempat kita mencari makan janganlah kita kutuk dan buruk-burukkan. Untuk mencari sesuap nasi, jangah kita makan semua kawan. Kuman di seberang lautan dapat kita kaburi, gajah di depan mata belum tentu keliru.

Berniaga sambil belajar…

May 28, 2010

Bila disebut berniaga, ia adalah sunnah nabi. Peniaga menjadi penghubung antara pengeluar dengan pengguna. Bagi saya pula, perniagaan senjata warisan merupakan satu hobi yang menyeronokkan kerana :

1. Memberi pendapatan sampingan pada saya.
2. Memberi peluang kepada saya untuk memahami ilmu senjata Melayu dengan lebih mendalam.
3. Mendapat lebih ramai sahabat dan kawan.
4. Menambah pengalaman hidup kerana diketemukan dengan pelbagai karenah manusia dalam urusan jual beli.

Kesimpulannya :
Keris boleh dijual beli, budi yang murni akan dibawa mati.

Lok 7 pamor perut ular baru RM700.00 ( baru)

May 27, 2010

Panjang keseluruhan 19 in
Bilah 14 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang halban plot

Telatah…

May 26, 2010
Allah Maha Kaya, diciptakan makhluknya dengan pelbagai karenah dan telatah serta diberikan panduan serta pedoman. Kadangkala orang-orang tua tersenyum sumbing melihat telatah kita generasi baru yang gah pada nama. Bukan mereka tidak mahu memberi tunjuk ajar pada kita, tetapi kita terlalu kurang ajar pada mereka. Sedikit belajar banyak mengajar, sedikit tahu banyak mendahului. Seringkali ada topik yang “zero” dalam otak kita, tapi anehnya kitalah hero.

10 bilah anak keris dah siap sepenuhnya

May 25, 2010


Ambil kesempatan

May 24, 2010
Ambil kesempatan secara ringkasnya boleh difahami sebagai satu keadaan di mana satu pihak mengambil keuntungan atas pihak yang lain dengan cara menindas atau menganiaya atas kelemahan satu-satu pihak. Dalam konteks hobi mengumpul keris serta proses jual belinya kadang-kadang ada pihak yang berasakan dirinya teraniya kerana nilai keris dilihat tidak setimpal dengan nilai wang yang dilaburkan. Di sinilah letakknya ilmu, pengalaman, kejujuran dan ihsan yang perlu diambil kira. Gunakanlah ilmu “taksir” kerana hari ini kita mengenakan orang mungkin esok Tuhan akan mengenakan kita pula.

Tukang dan peralatan

May 24, 2010

Semalam saya sempat singgah di “Atas Parking” Kota Bharu untuk bertemu beberapa orang sahabat. Sambil sembang-sembang tentang dunia perkerisan dan tukang-tukang bersama Hj Rahim, Ayah Su dan Pak Ku Din, saya membuat beberapa kesimpulan ringkas :

1. Ilmu warisan Melayu terutama dalam seni ukir, sama ada kayu atau logam tidak harus digelapkan atau disembunyikan.

2. Alam Melayu masih jauh ketinggalan dalam menghasilkan alat-alat mengukir jika dibandingkan dengan barat walaupun kita mahir mengukir.

3. Dokumentasi ilmu-ilmu warisan dengan mengetengahkan “pemain-pemain utama” harus diusahakan segera.

5. Kelantan adalah gedung khazanah ilmu seni warisan.

Memenuhi impian sahabat – bekas cincin antik

May 22, 2010