Archive for June, 2010

Syok sendiri

June 30, 2010
Saya menulis apabila ada idea, seringkali saya menegaskan bahawa saya menulis untuk murid-murid saya sama ada anak murid silat dan murid sekolah. Apabila kita menulis persoalan hati hampir semua orang tertembak termasuk saya sendiri, kerana kita semua masih ada hati. Jika anda terkena tembakan saya, bukan salah saya. Tetapi anda mungkin sedang berdiri di hadapan muncung senapang saya, jadi nasiblah jika terkena. Sebaiknya kita ambil iktibar jika ada pengajaran atau kebaikan dalam tulisan-tulisan saya. Jika setaraf dengan hampas, maka buang sahaja. Itupun kalau ada yang sudi baca coloteh-coloteh kosong saya ni. Jika tak ada idea maka saya masukkan produk jualan saya, kalau nasib baik dan ada rezeki.. laku. Innalillah hi wainnailaihirajiuun.

Tenang…

June 30, 2010
Walaupun lautan kehidupan bergelora kalau kita boleh “tenang”, Alhamdulillah. Untuk mencapai ketenangan bukan boleh dengan cakap sahaja. Walaupun kita sudah berserah pada Allah 100%, kerja kena buat, strategi kena atur, peraturan kena ikut dan usaha mesti keras. Faktor persekitaran akan membantu kita menghadapi hidup dengan tenang, wang yang mencukupi, rezeki yang halal, sahabat yang setia dan faktor-faktor luaran akan mempengaruhi darjah ketenangan kita. Dalam ertikata lain zuhud ialah kunci ketenangan dalam hidup. Bukan tidak berharta tetapi tidak terikat pada harta. Wallahualam bissawab.

Mengatur urusan hidup….

June 29, 2010

Setiap orang ada caranya sendiri untuk menguruskan diri dan menguruskan kehidupannya. Usahlah kita bersusah payah untuk tolong berfikir dan memikirkan perihal hidup dan kehidupan orang lain. Bereskan dahulu bab taharah dan fardhu ain kita sebelum kita sibuk untuk berjuang bagi agama dan bangsa.

Kerambit comel…

June 29, 2010
Semalam ambo agak sibuk sedikit dan rasa sedikit teruja gara-gara kerambit comel yang dah sold out. Bayangkan dari pagi petang dan malam panggilan telefon, sms dan email bertalu-talu minta kerambit tersebut, malangnya hanya ada satu sahaja. Maaf juga kepada sahabat-sahabat yang hendak menempah spesies jenis ini kerana Abang Din dah mengaku awal-awal tak sempat nak mengambil tempahan saya. Nampaknya kerambit jenis ini paling mendapat sambutan kerana kemasan tembaganya. Jika ada rezeki insyaAllah saya akan uploadkan dlm blog untuk kita main sapa cepat dia dapat. Terima kasih semua. Senyum sokmo dan happy-happy dalam hidup.

Lok 9 berpamor baru RM650.00 ( SOLD )

June 28, 2010

******************************************************************************************************************************************
Panjang keseluruhan 20 in
Bilah 13.5 in
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Pulangkan semuanya pada yang berhak

June 28, 2010

Setiap apa yan berlaku ke atas kita seeloknya kita pulangkan kepada yang berhak, iaitu Allah s.w.t. Walaupun kelihatan mudah, tapi amat sulit untuk menerima hakikat ini. Di samping itu jangan kita lupa berusaha dan berikhtiar kerana ia juga anugerah Allah pada manusia, jangan kita sia-siakannya.

Kerambit untuk koleksi edisi istimewa (SOLD)

June 28, 2010

Panjang keseluruhan 8 inci
Bilah 4 inci
Solekan tembaga

Keris Ular Lidi baru (SOLD) mz

June 27, 2010

Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 12 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Keris Gelanggang Lok 9 SOLD

June 26, 2010

Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena
Panjang keseluruhan 17 inci
Bilah 13.5 inci
*mata belum sempat dicuci.

Ingatan dari teman-teman berpengalaman

June 26, 2010

Saya mungkin seperti anak-anak dalam dunia perkerisan, ke sana, ke sini mengutip bidalan dan perumpamaan dari orang-orang yang lebih berpengalaman. Yang baik saya jadikan panduan dan kongsikan bersama. Antara pesanan yang sering saya terima :

1. Jangan marah-marah. Nanti kena jual. (Pak Li)
2. Asam garam kehidupan yang mesti kita lalui, sabar ( Hj.Rahim)
3. Budi bahasa mesti diutamakan ( Pak Ngah Izahar)
4. Berhati-hati bermain keris, kerana ia tajam dan boleh melukakan ( Cg.Di)

Terima kasih pada semua sahabat-sahabat kerana masih sudi nasihat menasihati dalam urusan kebaikan. Senyum sokmo.