Archive for June, 2011

Kepada Tuhan berserah diri

June 30, 2011

Juallah dirimu sepenuhnya kepada Tuhanmu

Advertisements

Malas….

June 27, 2011

Mood malas, nak update blog dengan keris-keris masih tak sepenuhnya. Seronok membaca. Buka blog sana, buka blog sini. Buka buku sana, buka buku sini. Insyaallah keadaan akan pulih seperti sediakala.

Satu

June 26, 2011
Hanya satu, bukan dua dan bukan tiga. Satukan semuanya untuk menilik yang satu. Jangan terpedaya kerana nama, sifat dan perangai, ia hanya lukisan untuk menyatakan keindahan yang maha Pencipta.

Dalam hati ada penyakit

June 23, 2011
Sebelah tangan memegang pisau dan sebelah lagi memegang pembalut luka. Setelah kita guris hati sahabat-sahabat dan kawan-kawan, kita katakan itu semua untuk kebaikan. Tidak ada niat pun untuk menyakiti sesiapa. Kemudian kita berikan pembalut luka kepada mereka yang kita hiris dan lukakan tadi.

Kenal mengenal

June 23, 2011

Tidak layak bagi sang hamba untuk menatap wajah Tuannya. Hanya Tuan yang layak menatap wajah Tuan.

Rahsia

June 22, 2011
Jika ia rahsia, biarlah ia kekal sebagai rahsia. Jika rahsia itu pernah diperlihatkan kepada kita anggaplah ia sebagai rezeki dan anugerah yang patut disyukuri. Jangan pula kita berasa sudah naik darjat, hebat, sudah sampai dan kembang hidung. Ramai lagi orang terdahulu dah melaluinya, tapi rahsia tetap rahsia

Fosil nibong tempahan sahabat dah siap

June 21, 2011

June 20, 2011

Kenal tapi miskin

June 20, 2011
Ramai orang yang mengaku kenal dengan ” big bos”. Sayangnya takat kenal sahaja tanpa “buat kerja” tak menjanjikan apa-apa. Ilmu mengenal hanya duduk dalam bab 1 sahaja iaitu perkara pertama rukun Islam (syahadah). Yang lain kena buat, untuk membezakan Islam dan kafir ialah solat. Untuk belajar ikhlas dengan manusia dan Tuhan pula ialah puasa.

Dua jenis mangsa

June 20, 2011
Pertama spesies katak lembik. Apabila kena sepak, ia megah dan semakin mengelembung kerana sangkanya ia disayangi. Satu spesies lagi seperti kekura yang dibuang ke air, dicampak dengan geram tapi tukang campak terlupa bahawa air ialah idaman hati kura-kura.