Archive for August, 2010

Silat mulut….. ( pesanan utk anak buah)

August 31, 2010
Dalam menelusuri ilmu persilatan, hak lebih, biser, hebat, kuat dan pandai kita beri pada orang. Lebih baik kita tadah telinga dengar cerita orang hak hebat-hebat, sebab kita tak ada pun cerita hebat nak diceritakan. Orang tua-tua berkecek, kita jange bekecek, tundukkan kepala..dengar molek. Bila bersilat, masa mengajar.. jangan kasar sangat dengan anak murid, sebab mereka tu cuma menahan badan untuk dipukul. Bila di perguruan lain, jika di tanya apa yang dipelajari, katakan “guru ambo tak pandai” sebab masih belajar. Bila orang cakap bab ketuhanan, katakan padanya tuhan itu ” Esa” tiada sekutu baginya. Bila diajak main, tunjukkanlah ala kadar, tapi ingat… “pada dan kedia baik dan kekita”.

* “mata atas wei”

Budak…

August 31, 2010
Kalau zaman dulu, hamba dipanggil budak. Dalam kontek diri, kita kadang-kadang menjadi budak kepada nafsu sendiri. Menahan makan minum dalam bulan ramadhan? Budak sekecik 5 tahun pun mampu, tapi menjaga nafsu amarah…. belum tentu berjaya. Jangan pandang keluar, jangan lihat martabat nafsu orang, lihat martabat nafsu sendiri. Amarah, lawamah atau mutmainnah? Mengira nafsu dengan menyebut/membilang amat mudah, tapi meningkatkan martabat nafsu perlukan mujahadah, bukan dengan sembang-sembang atau omongan kosong. Kurangkan bercakap lebihkan merenung. Renung pula janganlah ke langit biru, tapi renunglah ke dalam , menilai dan menilik.

Tumbuk lading Mar Bulat RM280.00

August 31, 2010

Panjang keseluruhan 18.5 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang sarung kayu sena
Besi sebatang

Syukur Alhamdulillah….

August 31, 2010
Allah maha kaya menjadikan manusia ia berbagai-bagai bangsa. Perangai pun berbagai-bagai. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana kepelbagaian ini memberi ruang kepada kita untuk membuat perbandingan dan penilaian bagi membaiki diri. Ada yang baik ada yang buruk, tanpa yang buruk kita tidak tahu erti kebaikan. Sehubungan redhalah atas segala kehendaknya, terimalah seadanya perkara yang berlaku sebagai satu ketetapan Allah pada kita. Bersyukur kepada Allah kerana masih sudi menguji hambaNya yang dhoif ini. Alhamdulillah ramadhan kali ini amat berbeza. Tidak bergerak satu zarahpun, kecuali dengan iziNya. Apa yang hendak dimarahkan, Walaupun pada zahirnya kelihatan seekor babi yang sedang menyondol, hakikat yang menggerakkanya adalah daripada Allah s.w.t. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillalah, Allahuakbar.

Jualan murah musim perayaan….

August 31, 2010
Nampaknya, bila dah dekat raya banyak pula yang buat offer, murah-murah pulak tu. Kepada sahabat semak dulu harga sebenar sebelum membeli. Buat sedikit homework sebelum membeli. Biasanya harga yang ditawarkan tidak semurah iklan. Selamat berbuka puasa dan selamat membuat persiapan raya.

Hidup berjiran…

August 30, 2010
Jiran ibarat keluarga kita yang terdekat. Mendapat jiran yang baik adalah satu rahmat. Tetapi jika mendapat jiran yang bermasalah pening juga kita dibuatnya. Kita juga adalah jiran kepada jiran kita. Cuba kita fikirkan-fikirkan, apa yang kita buat untuk menyenangkan jiran kita… ada ke tak ada? Kalau kita bergaduh dengan seorang jiran kita, mungkin dia salah atau kita salah, tetapi kalau kita berbalah dengan penduduk satu kampung mungkin ada yang tak kena dengan diri kita. Jadilah jiran yang baik untuk jiran kita.

Bakalan badik 13 inci untuk perhatian sahabat

August 30, 2010


Dua bilah besi kosong dan satu besi kimpal

Keris Selit berpamor Lok 5 offer RM600.00

August 30, 2010


Panjang keseluruhan 12 inci

Bilah 7 inci

Coteng ooo Coteng ( impian seorang sahabat )

August 30, 2010


Lading RM250.00/pcs termasuk pos dalam Semenanjung

August 30, 2010



Panjang keseluruhan 19 inci
Hulu + mata 18 inci
Mata 12 inci
Hulu kayu hitam/buwei
Sarung kayu sena