Archive for January, 2010

Semudah itu…

January 31, 2010
Dalam dunia moden hari ini wang amat-amat diperlukan. Untuk mendapatkannya maka pelbagai jalan dicuba. Ada jalan yang biasa dan ada jalan yang luar biasa. Ada yang menjual produk dan ada yang menjual cerita. Ada juga yang menjual harapan dan impian. Kadang-kadang sepotong kayu biasa yang harganya cuma RM50.00 dikatakan menjadi penawar,ubat dan seribu macam khasiat lagi. Ada juga yang menjual ilmu haqiqat, hanya dengan bahan-bahan tertentu dapat membuka aura, cakra dan macam-macam lagi. Semudah itukah jalan untuk kita mengenal? Adakah ilmu-ilmu ini boleh dibeli dengan wang ringgit? Kalau begitu murah harganya, tentu semua orang mampu memilikinya.
*berhati-hati di jalanraya takut terserempak dgn buaya
Advertisements

Kod B1 – Badik Sepat gred A – RM430.00

January 31, 2010

Panjang keseluruhan 7.5 inci

Panjang bilah 4.5

Hulu/sampir/tapak halban plot

Batang serunai sena
Lebar 0.9 inci

Bersiaran dari Manjong

January 29, 2010
Cuti jumaat sabtu minggu ini hajat untuk ke bengkel tukang tak kesampaian. Memenuhi jemputan bapa saudara, saya ke Manjong untuk majlis perkahwinan. Sepanjang perjalanan dari KB ke Manjong banyak mengimbau kenangan saya semasa bertugas di Parit selama 5 tahun. Seperti haruan pulang ke lubuk saya singgah sekejap untuk solat jumaat di Masjid Besar Pekan Parit. Sempat juga menciluk sekejap ke kedai tukang jahit untuk tempah 2 helai seluar. almaklumlah sudah biasa dengan seluar cap parit, sesekali singgah mesti tempah, amat sesuai dengan selera saya kerana keselesaannya. Sempat juga bertemu dengan beberapa orang rakan lama antaranya ialah En.Ramdzan, Abang Man Frozen Food, Mior dan juga Hj Halim. Hati masih lagi tersangkut kat Pekan Layang Kiri, terkenang sahabat-sahabat karib seperti Pak Abu, Pak Hashim, Mat Beca, Pak Hassan dan rakan-rakan qariah masjid yang lain. Kalau ikut program rombongan, rasanya tak sempat singgah untuk berkunjung ke laman sahabat-sahabat. Maaf juga pada Pendekar Sg Siput kerana masa tidak mengizinkan untuk singgah. Begitu juga pada Pak ngah Izahar dan Ustaz Khalid, InsyaAllah trip lain saya akan singgah untuk melepas rindu pada sahabat semua.

Badik mampu milik ( SOLD OUT )

January 29, 2010

Badik Sepat Gred A kod B2 RM430.00 (SOLD OUT) mlk

January 28, 2010

Panjang keseluruhan 7 inci
Pajang bilah 4.2 in
Hulu dan sampir halban plot
batang serunai sena

Kenapa berlaku pada ku….

January 28, 2010
Kadang-kala terfikir juga kenapa sesuatu tragedi/perkara buruk berlaku pada kita. Apa salah kita? Apa dosa kita? Kalau direnung dalam-dalam nescaya terserlah jua hakiqat indahnya pekerjaan Allah s.w.t terhadap hambaNya. Mungkin ia sebagai satu batu loncatan untuk mengangkat darjat kita, mungkin juga untuk mengingatkan kita agar jangan alpa. Mungkin juga untuk mengajar kita hakikat yakin dan hakikat sabar.
*tidak diuji juga merupakan satu ujian

Sepukal bugis Antik RM1100.00 ( termasuk pos dlm Semenanjung)

January 28, 2010

Panjang keseluruhan 19 inci
Panjang bilah 13 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Keris Lurus RM670.00 SOLD OUT brg

January 28, 2010

************************************
Panjang keseluruhan 16 inci
Bilah 13 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang serunai sena

Harap bersabar..

January 27, 2010
Kepada sahabat-sahabat yang setia menunggu produk saya mohon maaf banyak-banyak. Ini kerana keris gelanggang dan keris baru kategori sederhana masih tidak muncul-muncul. Almaklumlah kerja menggodam besi bukan seperti menguli tepung kek dan tukang juga banyak komitmen untuk tempahan-tempahan lain. Manakala kepada sahabat yang berminat dengan badik mampu milik, masih terdapat beberapa bilah tetapi masih berada dalam bengkel tukang sampir. Terima kasih semua. Semoga sahabat semua masih ceria untuk meneruskan tahun 2010 ini.

Menjaga diri dan ahli keluarga…

January 27, 2010
Jagalah diri kita dan kelurga kita dari api neraka. Jagalah aurat kita dan juga aurat anak-anak gadis kita. Mungkin kita kata tak apa-apa kerana semua orang lain juga tak menutup aurat. Tapi bagi kita yang faham sanggupkah kita menjawabnya begitu di padang masyar nanti.