Archive for August, 2012

Ada caranya…

August 31, 2012
Bertawakkal, berserah bulat-bulat pada Allah tapi bagaimana? Semua itu perlukan ilmu, bukan sembrono dan main ikut-ikut sahaja. Bertawakkal dalam pertempuran ialah dengan belajar ilmu bela diri, bertawakkala dalam hidup ialah dengan berusaha keras mencari rezeki dan taat pada perintah Allah. Berserah bulat pada Allah setelah memahami iktiqad yang jazam.
Advertisements

Sesak nafas…

August 31, 2012
Jangan diisi dada dengan dengki dan cemburu, ia akan menyesakkkan nafas sendiri. Akhirnya kerja kita ialah mengendap dan mencari salah orang. Pada mata kita semua dah jadi tak betul, orang bercakap salah, orang diam salah. Orang berjualan salah, tak berjualan juga salah. Ingatlah, hidup ini sekejap cuma, lebih baik masa yang singkat ini kita gunakan untuk menuntut ilmu fardu ain, mencari rezeki yang halal dan juga berehat.

Sudah dimiiki – SOLD

August 31, 2012
Add caption

Hidangan hari raya pertama untuk sahabat-sahabat.

Tunggu spray aje….

August 31, 2012
Add caption

Panjang keseluruhan 28 inci.
Bilah 17 inci
Ulu 9 inci
Ulu sarung kayu halban
Besi hss 18 %.  Made in Germany

Hampir siap… HSS 18

August 30, 2012

Maaf pada teman-teman, banyak pangilan telefon, sms dan email tak dibalas. Ambo sedang seronok menyiapkan pedang-pedang tempahan sahabat menggunakan bilah HSS 18. Walaupun besinya agak melampau dari segi harga tapi permintaan terhadap pedang ini juga semakin melampau-lampau. Mohon maaf juga kerana kurang upload foto dalam blog, sibuk dan banyak buat sale kat rumah… kunjungan sahabat sempena raya. Alhamdulillah. Kepada penempah-penempah kerambit juga ambo harap agar bersabar.

Mood Bertukang

August 28, 2012

Pedang bilah HSS 18.

Kembali….

August 26, 2012
Kepada yang masih daam mood raya, selamat hari raya. Namun walau apa pun yang kita lakukan, letakkan Allah di tempat paling atas. Segala kuasa, pergantungan dan tujuan biarlah berpaksikan kepada Allah. Dalam keghairahan kita berkawan-kawan jangan lupa pada perjuangan asal kita, iaitu mencari jalan kembali kepada Tuhan, selain  itu hanyalah sangkaan dan permainan semata-mata. Semoga permainan dan dunia ciptaan kita tidak mengurangkan ingatan kita pada Allah. Selamat “berkawan-kawanan”.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

August 19, 2012

Lebih baik diam

August 16, 2012

Diam itu lebih baik.

Selit-selit (SOLD)

August 15, 2012