Archive for September, 2009

PENGUMUMAN – TUTUP KEDAI

September 29, 2009

Saya akan menghentikan urusan perniagaan keris dan lain-lain produk jualan mulai 10/10/2009 dan InsyaAllah perniagaan akan dijalankan semula pada awal tahun hadapan. Penutupan sementara ini dilakukan kerana InsyaAllah pada tahun ini saya akan menunaikan Ibadat Haji di Tanah Suci Makkah.

Sehubungan itu saya seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan segala urusan yang bersangkut paut dengan perniagaan sebelum 10/10/2009. Saya juga merayu kepada mana-mana pelanggan jika saya terhutang dengan mereka agar menghubungi saya untuk diselesaikan urusan dengan segera.

Kepada sahabat-sahabat yang menempah barang/senjata, jika ada yang siap dalam tempoh berkenaan sebelum saya berangkat ke Tanah Suci akan saya hubungi untuk makluman, jika tidak siap InsyAllah urusan akan bersambung sekembalinya dari Tanah suci jika diizinkan Allah.

Saya juga ingin memohon ribuan kemaafan pada pelanggan-pelanggan, pengunjung-pengunjung blog, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali saya melalui blog ini dan juga di alam nyata jika ada salah dan silap sepanjang berurusan atau sepanjang mengunjungi blog saya ini.

Doakan agar saya dan Isteri selamat pergi dan selamat menunaikan Rukun Islam yang Kelima serta selamat kembali.

Delima RM600.00 bungkus suasa saiz 20

September 29, 2009

Akid Yaman RM430.00 saiz 20 SOLD

September 29, 2009

Menebas….

September 28, 2009
Sebelum bercucuk tanam, seeloknya tebang tebas dahulu semak samun, lalang dan belukar. Kemudian carilah benih yang baik untuk di tanam. Adalah sia-sia jika menabur benih dalam semak dan belukar atau lalang yang meninggi. InsyaAllah jika dibaja dan disiram hasilnya akan dapat menengelamkan jiwa.

Untuk perhatian sahabat yang bertanya…

September 28, 2009

Hidup mesti diteruskan…

September 27, 2009
Walau apapun dugaan dan halangan, hidup mesti diteruskan. Pahit manis adalah asam garam kehidupan. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Budi bahasa kita jadikan pemanis dalam perhubungan. Jika kita biasa dengan madu, kotoran dalam madu akan tertolak/dizahirkan ke atas dengan sendirinya dan tidak perlu ditapispun. Jadi teruskan kehidupan seperti biasa kerana jika kita di landasan yang betul InsyasaAllah kita akan sampai ke destinasi dengan selamat.

Mohon maaf pada sahabat,

September 27, 2009
Laptop saya baru sahaja siap dibaiki, terpaksa tukar hard disk, banyak fail-fail hilang begitu sahaja. Pada sahabat-sahabat yang menghantar foto untuk diduplicate insyaAllah saya akan hubungi semula agar dapat emailkan semula. Saya juga memohon maaf kerana belum dapat menghantar email pada beberapa orang sahabat yang sedang menanti untuk melihat produk-produk tertentu. InsyaAllah akan menyusul sedikit masa lagi.

Badik Pupuk Tatah Perak RM650.00 SOLD OUT

September 27, 2009


Badik pupuk sarung sena
Ulu kemuning
Temim perak
Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 7 inci

Perhatikanlah….

September 26, 2009
Setiap insan ada ujian masing-masing. Mengapa kita sering gagal dan orang lain berjaya? Apakah setiap yang kita lalui berjaya mengubah diri kita ke arah jalan yang semakin baik, atau kita tidak berubah. Apakah kita berasa selesa dengan kemunafikan yang bersarang dalam diri kita? Nauzubillah. Kaya Allah Taala kerana menjadikan makhluknya berbeza-beza dan menjadikan ia sumber untuk berfikir dan mengenal antara satu sama lain, tapi pandai-pandailah kita mengemudi perahu kehidupan yang singkat ini.

Melantun..

September 26, 2009
Banyak perbuatan jahat yang kita lakukan pada orang lain akan melantun balik pada diri kita. Jika niat kita untuk menganiaya orang mula tumbuh dalam diri, ia sebenarnya akan menganiaya diri kita sendiri. Jika niat kita memulau orang, kita sendiri yang akan terpulau. Kerana itu Islam menganjurkan persahabatan, bermaaf-maafan dan saling tolong menolong. Paling penting kita pedulikan diri sendiri sebelum ambil tahu hal orang lain. Dalam apa bidang pun sifat/sikap manusia tetap sama. Jadi sebagai orang yang berilmu kita sewajarnya sentiasa menilik diri sendiri. Buangkan sikap super ego, nescaya hidup akan jadi lebih damai.
*Selamat berjalan (laptop masih kong) InsyaAllah hari ni siap tukar hard disk dan RAM baru.