Archive for November, 2012

Hanya satu

November 30, 2012
Tidak dua dan tidak tiga. Tidak ada yang berkongsi kuasa denganNya. Tidak ada sekutu bagiNya. Hanya Satu .
Advertisements

Mencari keanehan

November 28, 2012
Manusia suka mencari sesuatu yang aneh, pelik dan kalau boleh “berkuasa”. Kuasa itu pula boleh menjadikan pemiliknya nampak hebat, digeruni, dikasihi dan di…. pelbagai lagi kebaikannya. Namun manusia kadang kala sering lupa untuk mencari kehebatan Allah s.w.t di dalam dirinya.

Hampir siap – Pisau lapah untuk sahabat W.Q

November 25, 2012

Melayu ku

November 19, 2012

Daripada berseorangan kita berpersatuan, daripada bersendirian kita berkawan-kawanan. Daripada berpersatuan dan berkawanan kita bercakar-cakaran, akhirnya kita menjadi musuh seiring jalan.

Cerita… Keris

November 19, 2012
Banyak cerita direka-reka untuk menjual produk. Mula-mula bercerita tentang sejarah, asal usul, pemilik dari golongan bangsawan, tukang-tukang tersohor, pernah digunakan untuk menikam bla bla bla bla. Kemudian bab isi.. khadam itu khadam ini, ada khadam putih ada khadam hitam, ada orang tua ada orang muda, ada penjaga rumah, ada penjaga kedai ada penjaga ladang.. yang hairannya semua cerita itu dari mulut Islam, di mana tuhan ?. Kemudian ketandaan pula… murah rezeki, pendinding, penunduk, penggerun,melariskan perniagaan bla bla bla bla …. di mana Tuhan?. Kepada sahabat… bolehkah kita jamin sejarah itu betul, bolehkah kita jamin keris itu dapat memurahkan rezeki sepembeli. Bla bla bla  …. blawok.

Memburu…

November 19, 2012
Keris pada masa ini menjadi buruan peminat-peminat barang antik. Nilainya diukur dari sudut usia, cerita dan  juga “rare”. Dalam masa yang sama keris menjadi satu komoditi dagangan yang menguntungkan. Bila disebut berniaga maka tidak hairanlah kita akan bertemu dengan pelbagai karenah ahli-ahli perniagaan. Hakikatnya janganlah maruah diri pun ikut kita jual bersam-sama komoditi dagangan kita. Selamat berurusniaga.

Menghayati Kehalusan seni pertukangan perak dan emas Kelantan

November 19, 2012
Karya Pak Li

Karya Ayah Su

Karya Ayah Su

Semua salah….

November 19, 2012
Janganlah kita memandang keburukan orang semata-mata. Sesekali lihatlah keburukan sendiri. Ghairah kerana “power” jangan sampaikan memusnahkan bangsa dan negara.

Ambil iktibar

November 19, 2012
Ketika Palestin dibedil bertubi-tubi, kita masih juga tidak bersatu. Sebaliknnya perebutan kuasa menjadi agenda utama. Jangan bagi ruang pada orang lain berada diantara kita.

PENGUMUMAN

November 13, 2012

SEMUA PRODUK AKAN DIPOSKAN  AHAD DEPAN.