Archive for April, 2011

>Cuti 3 hari

April 28, 2011

>Ambo cuti 3 hari mulai esok.

>Lading untuk peratian NAZA

April 28, 2011

>

Panjang bilah termasuk hulu 18 inci
Bilah sahaja 12.5 inci

>Tempahan khas sahabat

April 28, 2011

>

>Sebatikan…

April 27, 2011

>

Ketika kita mula-mula kenal stering agak susah juga, semua kena fikir. Stering, minyak, brek, clutch. Tapi bila dah sebati tak ada lagi untuk difikirkan, bak kata orang niat dan buat itu serentak. Begitu juga dengan “zikir”. Biarlah turun naik nafas kita berzikir pada PemilikNYA.

>Bangsal wayang kulit

April 26, 2011

>

Berdiri teguh empat tiang, tambah satu tiang sri di tengah-tengah bangsal, dalang pula diikat pinggangnya pada tiang sri agar tidak terlepas dari pegangan permainan. Indahnya kiasan permainan wayang kulit Melayu.

>Indahnya hidup

April 26, 2011

>

Diwarnai dengan pelbagai warna, putih hitam, hijau dan biru. Diadun pula dengan pelbagai rasa, manis, masam, pahit kelat dan masin. Bila pahit barulah kita tahu berharganya rasa manis. Bila kita jumpa hitamnya aqidah barulah kita tahu betapa indahnya putih nurani tauhid.

>Sampir tempahan sahabat

April 26, 2011

>


>Cenderamata VIP

April 26, 2011

>
RM1600 sebilah termasuk casing. ( tak termasuk pos )

>Serahkan padaNya

April 25, 2011

>

Ibarat menakung air dengan pasir. Tutup sana sini bocor, tutup sini sana bocor. Usahlah kita berikhtiar untuk menyekat rezeki sesama manusia, tidak ada faedahnya. Hanya merosak diri sendiri, takdir Allah tidak akan berubah kerana busuk hati kita terhadap sesama manusia.

>Alhamdulillah.. komputer dah ok vs Offer besar-besaran

April 25, 2011

>

Alhamdullah laptop buruk saya dah ok semula. Walaupun buruk dan sering meragam jasanya amat banyak kepada saya. Ada juga saranan sahabat-sahabat supaya dibuang ke laut je. Tapi saranan itu terlalu zalim bagi “orang tua” . Insyaallah saya akan buat offer besar-besaran pada awal bulan bermula pada 3 haribulan sebagai menghargai sokongan sahabat-sahabat semua kepada saya.