Archive for May, 2012

Terima kasih murid-murid…..

May 23, 2012

Advertisements

Ujian

May 21, 2012

Apakah kita sudah diuji. Setakat mana kita tahan diuji. Berserahlah pada Qada dan Qadarnya.

Mengadulah pada TuhanMU

May 21, 2012

Ia sebaik-baik tempat mengadu

Ilmu Tauhid

May 21, 2012
Alangkah bagusnya jika kita berkesempatan mendalami ilmu tauhid. Dalam usia kita yang sudah mula merangkak menuju puncak ini seeloknya buatlah sedikit kira-kira. Kira-kira itu bukan kira-kira matematik yang rumit, tapi kira-kira tentang ilmu tauhid yang kita pernah pelajari. Dengan siapa kita belajar, takat mana kita belajar dan takat mana pula kita faham, tambah sikit lagi berapa banyak yang dapat kita amalkan. Janganlah apa yang kita belajar masa zaman budak-budak dulu, bukan tak betul.. betul.. tapi ia tahap anak-anak. Carilah ilmu untuk mati bukan untuk dihormati. 
*Berapa banyak masa kita habiskan untuk membelek keris jika dibandingkan dengan membetulkan iktiqad kita pada Allah s.w.t

Berpadu..

May 20, 2012

Perlukah kita mengucapkan dan melaung-laungkan kata bersatu dan berpadu. Alangah indahnya jika kita laksanakan dengan  pekerti dan budi bahasa. Dalam berhubungan, kesantunan bahasa dan sikap terbuka akan memudahkan urusan.

Pantun cuma…

May 20, 2012

Pangkalan Petah airnya tenang
    Tempat bermain Si buaya tua
Syirik khurafat pemusnah iman
    Tidak berilmu terkena jua

Besarnya sembang……

May 19, 2012
Kadang-kadang anak-anak yang baru belajar naik basikal memang tak senang duduk. Ia akan mengayuh sepanjang masa. Dalam mimpinya pun masih lagi menunggang basikal. Begitu juga yang belajar ilmu kalam, sembangnya tak kira tempat, tak kira masa dan tak kira dengan siapa. Bagus juga berlatih bercakap untuk mengasah minda, tetapi kalau dah terlebih bercakap nanti merisaukan orang sekeliling. Seringkali apa yang kita cakapkan hanyalah penyambung sembang orang lain tanpa kefahaman yang jitu juga tanpa rasa. Diam lebih baik jika perlu.

Jujur

May 18, 2012
Janganlah kita korbankan kejujuran dan keikhlasan kerana sukan. Ada yang menggunakan pelbagai taktik dan muslihat untuk mempastikan anak-anak didik menang dalam pertandngan. Perkara yang paling pokok dalam mendidik ialah akhlak muslim. Menipu dan mencuri hak orang lain bukan cara mendidik yang betul. Selamat bertanding.
*menddik bukan sekadar bercakap tapi buat

Lautan tujuh

May 17, 2012

Lautan tujuh gelombang satu
Tempat bermain si anak raja
…………………. tolong sambung, idea dah kering

Galak….

May 16, 2012

Kadang-kadang ‘galak” kita tidak bertempat. Kadang-kadang usia kita juga tidak padan dengan “galak” kita.