Archive for July, 2010

Hulu coteng dan tajong ( SOLD )

July 31, 2010

Baru siap. Hasil kerjatangan tukang Kelantan sepenuhnya.

Ingin memahami….

July 30, 2010

Hakikatnya masih ramai lagi mereka yang cakna dengan dunia perkerisan. 2 minggu lepas saya diminta oleh beberapa orang sahabat untuk membantu mereka untuk menyiapkan dokumentari dan penulisan tentang keris. Kerana kesibukan yang melampau, saya meminta bantuan Tukang Hisham untuk menguruskannya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Kejohanan Pencak Silat Majlis Seni Silat JPN Kelantan

July 29, 2010

Penyambung warisan kreatif

July 29, 2010

Ke mana tumpah kuah … kalau tak ke nasi mungkin juga ke lantai, tapi atas bimbingan dan dorongan Pak Li, kini anak kesayangannya Maliki sudah mula bertukang. Lulusan IKM dalam bidang pertukangan perak dan kini bertukang sepenuh masa. Alhamdulillah, Pak Li kini sudah boleh boleh “buang lenguh”.

Pengalaman mengajar kita erti…..

July 27, 2010

Semakin lama kita dalam sesuatu bidang semakin kita matang dan faham. Dalam bisnes di internet pula setelah 4 tahun bergelumang saya telah dapat membuat beberapa kesimpulan :

1. Rezeki di tangan tuhan
2. Bisnes perlu ada pendirian
3. Tidak semua perkara perlu dilayan
4. Hubungan persahabatan mengatasi tuntutan keuntungan
5. Tumpukan pada perniagaan kita, elakkan campurtangan bisnes orang lain.

Biar masak….

July 27, 2010

Dalam latihan silat jangan kita hanya tumpukan pada jurus dan main berpakat sahaja. Itu hanyalah teori semata-mata. Lebihkan bergasak untuk memahirkan diri. Bila dah bergasak baru kita tahu bahagian mana kita lemah, tangan lambat menepis, kaki lambat menendang, mata pula selalu alpa. Lepas tu, barulah kita giatkan latihan jurus kita seorang diri untuk membaiki kemahiran sedia ada. Kemudian bergasak lagi, baiki lagi.

Tempahan Sahabat ( Aidil)

July 27, 2010

Bergerak dengan energi dengki….

July 26, 2010
Kehidupan jadi tidak ceria kalau kita bergerak atas landasan dengki, hasad dan dendam. Saluran amat mudah bertukar. Gerak dan diam adalah dengan izin Allah Taala kepada hambanya, tetapi kalau gerakkan dengan hasad dan dengki maka rosaklah amal. Berlapang dada dalam pekerjaan, anggaplah rintangan dan halangan sebagai ujian dan dugaan untuk menaikkan darjat seseorang hamba. Mungkin juga Tuhan ingin memberikan habuan kepada kita dalam bentuk lain atas kesabaran dan redha kita atas pekerjaanNya.

Siapa bakal menggantikan mereka….

July 26, 2010
Bilangan tukang besi/pandai besi/pandai keris semakin berkurangan hari demi hari. Tenaga muda yang berminat untuk bermain dengan api dan abu hanya beberapa kerat. Akhirnya kita hanya bakal menjadi pengumpul barangan antik sahaja apabila keris-keris dan senjata baru tidak di tempa lagi. Maka mungkin kita semakin pakar untuk menjadi pengulas barangan/keris antik, pesilat-pesilat juga mungkin akan menggunakan keris yang ribu-ribu penuh ketandaan, pamor gigi yu, butir timun, pucuk rebung dan sebagainya. Apa ikhtiar kita?

Bimbingan….

July 25, 2010
Sebagai orang baru dalam sesuatu bidang, sewajarnya mendapat bimbingan dari orang yang lebih berpengalaman. Pembimbing juga mestilah yang betul-betul arif dalam bidang tersebut. Kadang-kadang dalam keghairahan kita untuk melaksanakan program, kita terlupa untuk bertanya khabar dan membuat sedikit “homework” agar program yang dijalankan tidak menghampakan peserta dan juga memalukan penganjur. Sehubungan itu persediaan rapi samaada dari sudut tenaga dan kepakaran amat perlu.