Archive for May, 2011

>Pegang kemas-kemas…

May 31, 2011

>

Apabila kita memiliki sesuatu yang berharga, peganglah ia kemas-kemas. Jangan tercicir atau kehilangannya. Pelbagai bisikan dan cobaan akan muncul agar kita telepas dan kehilangan barang yang berharga tadi. Sekali ia terlepas, sukar untuk mendapatkannya lagi. Jika cobaan datang bertubi-tubi katakan padanya bahawa Allah itu Satu.
Advertisements

>Kejarlah….

May 27, 2011

>Bijak mengatur. Siapa yang paling bijak? Jangan ingat kitalah yang paling hebat mengatur strategi. Allah maha bijak mengatur. Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Yakinlah.

>Bukan mudah…

May 26, 2011

>

Jangan belajar tasauf nanti sesat, jangan belajar tauhid nanti menyeleweng, jangan.. jangan..jangan. Itulah ayat-ayat yang sering menjadi batu penghalang apabila minat untuk belajar ilmu tauhid mula bertunas. Bagaimana kita nak menilai sesat dan menyeleweng pegangan atau ajaran jika kita tak pernah belajar atau menuntut?

>Drebar..

May 23, 2011

>

Semua orang ingin memiliki kereta, ingin memandunya. Tapi sayangnya mereka tidak pula belajar memandu. Mereka hanya belajar nak mengenali kereta, belajar mengenai tayar, stering, dan macam-macam lagi. Bayangkan jika kita bertemu dengan orang yang sentiasa bercakap mengenai kehebatan sebuah kereta tanpa pernah memandunya.

>Lalai..

May 23, 2011

>

Seringkali kita tidak adil pada diri sendiri, harta yang bakal kita tinggalkan untuk orang lain sibuk pulak kita mengumpulnya. Sedangkan sedekah yang bakal kita bawa ke akhirat lupa pula kita keluarkannya.

>Cincin tempahan bakal Raja Sehari dari Putrajaya

May 23, 2011

>

>Rezeki tak ke mana

May 23, 2011

>Yakinlah pada Allah bahawa rezeki adalah pemberian Allah pada hambanya, ia telah ditetapkan. Yakinlah, serahkan padaNya.

>Sekelip mata….

May 21, 2011

>

Semalam sihat hari ni sakit, semalam hidup hari ni mati.

>Apa dah jadi…

May 21, 2011

>

Semakin hari semakin kalut. Sesama Melayu bukan main lagi nak bertekak dan bercakaran. Dengan bangsa lain, bukan setakat bersalam malahan boleh berpeluk cium lagi. Bumi sekangkang inilah tempat tumpah darah kita, ke mana lagi kita nak pergi kalau jadi huru-hara dan kacau bilau.

>Manusia dan peraturan

May 19, 2011

>Manusia yang boleh hidup dalam persekitaran yang minimun perturan dan undang2 adalah lebih bebas daripada mereka yang hidup dikongkong terlalu banyak peraturan. Namun ada juga pihak yang sentiasa berfikir untuk mencipta peraturan dan undang-undang untuk mengongkong sesama manusia.