Archive for July, 2011

Berkunjung ke Mersing

July 31, 2011


Setelah bertahun-tahun berurus niaga melalui telefon dan sms. Akhirnya saya berkesempatan berkunjung ke bengkel Tukang Zu purba di Mersing

Makan angin

July 29, 2011

Alhamdulillah, sebelum Ramadhan tiba ambo dan keluarga ambik kesempatan untuk bercuti di Pulau Tioman. Maaf pada sahabat yang bertandang ke rumah kerana pitu pagar berkunci. Kepada sahabat yang order barang, insyaallah ahad akan saya poskan. Begitu juga yang menempah bilah, ahad akan saya uruskan. Terima kasih atas kepercayaan sahabat semua.

Murah hati…

July 27, 2011
Ada sahabat suka beri makan pada manusia, itu biasa. Ramai orang yang suka hati bila melihat rakan-rakan dan sahabatnya kekenyangan. Namun ada sahabat yang lebih hebat, bukan setakat menjamu kawan dan sahabat tetapi kucing-kucing tak bertuan pun dibelai dan dijamu dengan friskies dan susu. Ironinya ada juga insan yang tak senang duduk bila melihat orang yang murah hati dan dermawan. Allah Maha Kaya dan Maha Adil

Janji…

July 27, 2011
Janji adalah kontrak yang perlu dipatuhi. Jika selalu tak ditepati ia bukan lagi janji. Janji lisan tanpa dokumen dan saksi, hanya hati dan kejujuran sandaran kepercayaan diri. Jangan biarkan kepercayaan dan rasa hormat orang mula lari kerana janji.

Tugas..

July 27, 2011

Bila dah habis…. kita kena balik. Masalahnya jalan balik kita masih kelabu dan berjerebu.

Offer anak Alang Antik RM500.00 (SOLD) Arf

July 27, 2011

Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 11.5 inci
Sarung kemuning

Keris Antik RM750.00 (OFFER 500.00 ) SOLD – sh jhr

July 26, 2011

Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9.9 inci
Hulu sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok tembaga antik

OFFER RM500.00

Badik besi sebatang RM250.00 ( OFFER 200.00 ) SOLD

July 26, 2011


Panjang keseluruhan 11 inci
Bilah 8 inci
Hulu/sampir/tapak kemuning
Batang sarung sena

SOLD

Biarkan hati berkata-kata…

July 26, 2011

Kata-katanya selalu benar, kecuali bila akal masuk campur. Lintasan pertama selalunya tepat, tapi bila akal sudah mula masuk dan memberi hujah, kebenaran sudah menjadi kabur. Walau apapun latihan yang berasaskan bimbingan selalunya membuahkan hasil

Badik berpamor (b) RM200 OFFER 170.00 ( ON HOLD ) NIK

July 25, 2011


OFFER RM170.00
Panjang keseluruhan 6.7 inci
Panjang bilah 4.5 inci
ulu/sampir kemuning
batang sarung jati