Archive for December, 2009

Siap untuk menyeberang sempadan… (SOLD OUT)

December 30, 2009

Dua biji hulu serindit tempahan sahabat dari Temasek telah siap sepenuhnya, dibuat daripada kayu kemuning, bermata marjan merah serta pendokok emas . Hulu hasil kerja tangan tukang ukir Man dan kerja perak oleh Pak Li.

Mengenali pendokok

December 28, 2009
Pendokok biasanya dibuat daripada logam. Antara logam yang biasa digunakan ialah emas, suasa, perak, tembaga, dan timah. Cara pembuatannya dapat dibahagikan kepada 2 :
1. Pembuatan tangan 100 % ( original) – lambat dan terhad
2. Casting ( menggunakan acuan) – pengeluaran tidak terhad

Harga pendokok yang dibuat tangan 100 % adalah lebih mahal daripada pendokok casting kerana ia tersendiri. Satu lagi ciri yang biasanya membezakan pendokok buatan tangan dan casting ialah pada tampuknya, kebiasaannya tampuk pendokok (ori) dapat dipusing-pusing (itupun kalau tukang perak rajin) dan tak dimatikan, manakala tampuk pendokok casting tidak dapat berpusing dan mati, kerana pembuatannya menggunkan acuan semata-mata.Tukang-tukang yang arif dan mahir biasanya akan mengekalkan ciri ini untuk mempastikan produknya tidak diciplak secara casting

Maaf dipinta…..harap bersabar

December 27, 2009
Kepada sahabat-sahabat pengunjung blog yang telah mula membuat tempahan sama ada parang lading, keris dan juga pisau melapah diharap dapat bersabar dalam beberapa hari lagi. Saya masih lagi berehat dan masih lagi sibuk melayan kunjungan tetamu. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang telah membuat tempahan melalui e-mail sepanjang saya berada di tanah suci kerana saya saya masih belum selesai menyemak dan membaca semua e-mail yang mencecah hampir 4 angka. Insyaallah jika ada rezeki saya dan ada bahagian saudara urusan penempaan dan urusan jual beli akan saya mulakan awal januari. Terima kasih kerana sabar menanti.

Akhirnya sampai juga…..

December 27, 2009
Antara sahabat yang sering berhubungan dan berurusniaga dengan saya ialah En.Ikram dari KL. Setelah hampir 3 tahun kami saling berhubungan akhirnya petang tadi beliau sempat berkunjung walaupun hanya seketika. Panjang umur, murah rezeki, InsyaAllah dapat jumpa lagi pada lain masa.
*foto kurang cantik..tuan punya kamaera masih pening-pening lalat

Bulatkan tekad….

December 26, 2009
Cuba kita koreksi diri kita, apakah kita bebas dari syirik kepada Allah. Dalam kontek dunia perkerisan dan hobi mengumpul barang-barang pelik kita sepatutnya amat berhati-hati dan sentiasa “servis’ aqidah kita. Bulatkan azam bahawa ” la haula wala qu watailla billa hil aliyil aziim”
Cubalah kita ambil faham bahawa hobi aneh ini kekadang akan menjadikan kita kafir kerana sedikit salah faham dan tanggapan . Lebih baik kita tinggalkan hobi ini jika ia boleh menyesatkan kita dari jalan Allah. Banyak dolak-dalik yang sering kita dengar demi untuk membenarkan sesuatu yang salah. Ingatlah tidak bernilai sedikit pun malah sia-sia semua amalan baik yang kita lakukan jika kita syirik kepada Allah. Marilah kita semua berazam untuk menjadikan dunia perkerisan disegani kerana falsafah kebijaksanaannya yang ditunjangi oleh tauhid yang kukuh.

* Allahuakbar,

Alhamdulillah…

December 25, 2009

Assalamualaikum, sahabat dan semua pengunjuang blog. Saya telah selamat sampai pada 24 hb jam 7.30 di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra. Syukur semuanya berjalan lancar dan selamat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menghubungi saya sepanjang saya berada di Tanah Suci, maaf juga kerana tidak membalas panggilan telefon dan sms. InsyaAllah saya akan bersiaran seperti biasa dalam sehari dua lagi.