Archive for November, 2011

kabel kena curi

November 27, 2011

Maaf pada sahabat pengunjung blog, saya dah hampir seminggu tak dapat online kerana kabel telefon telah dicuri. Bila keaddan pulih saya akan online seperti biasa. Terima kasih semua.

Jangan kalut

November 25, 2011

Dalam ghairah mencari rezeki, adab dan sopan dengan masyarakat mesti diambil kira. Jangan keterlaluan hingga menimbulkan rasa benci masyarkat. Kalau kita menjaja atau berjualan, jangan diganggu orang bersembang, jangan dipaksa orang yang tak mahu, jangan diganggu orang yang sedang makan.

Merdeka….

November 22, 2011

Insan yang bermaruah ialah insan yang betul-betul merdeka. Keputusannya tidak dipengaruhi oleh lalat dan langau.

Jangan diikut…nanti

November 22, 2011
Kalau kita ikut bertengkar dengan orang bodoh kita jadi bodoh, kalau kita bergaduh dengan orang gila kita pun gila. Apa nak dikesahkan orang bodoh, itu kerja mereka.. biarkan. Apa nak dikesahkan orang gila… itu memang perangai mereka, kalau tidak mereka tidak gila… biarkan. Ramai lagi orang yang cerdik, ramai lagi orang yang waras dan ramai lagi orang yang boleh dibuat sahabat hidup di muka bumi Allah ini.

Keris antik RM1900.00 (ON HOLD)

November 22, 2011

Panjang keseluruhan 15 in
Bilah 9.4 inci
Kayu tak pasti.
Tatahan perak

Saras antik RM1450.00

November 22, 2011

Panjan

g keseluruhan 18 inci
Bilah 13.8
Hulu/sampir kemuning
batang sarung sena
pendokok perak

Badik retak tanah kor Rm230.00 ( sold )

November 22, 2011


Panjag keseluruhanan 7 inci
Panjang bilah 4.25 inci
Sarung kemuning kuning

Kuasa

November 21, 2011
Politik ialah kuasa. Kenapa orang inginkan kuasa, terutamanya kuasa dalam politik. Kuasa membolehkan sesorang untuk menguasai sumber, dalam kata lain menguasai kekayaan. Realiti hari ini kuasa boleh dibeli dengan pelbagai cara sama ada dengan wang, cerita-cerita retorik dan juga manipulasi. Ironinya, bila kuasa politik sudah di tangan ia akan digunakan pula untuk menguasai ekonomi, akhirnya kuasa politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan lagi.

Tunduk…..

November 21, 2011
Berjalan pandang ke depan, pandang-pandang ke kaki. Sekali-sekali dongak ke langit. Jangan asyik dongak dan membusungkan dada. Bahaya banyak yang ada di kaki, nanti tersadung…parah.

Mengembara….

November 20, 2011
Kisah anak muda yang ingin mengembara mencari dirinya yang hilang. Azamnya terlalu kuat, pelbagai dugaan hidup telah ditempuhinya. Namun fahaman makin kacau, kusut tak terlerai malah semakin berserabut. Akhirnya baru ia sedar, cari di dalam bukan di luar. Lihat di bawah, mungkin gajah besar terpijak di bawah telapak kaki ketika kita sedang meninjau kuman di seberang laut. Namun pengembaraan itulah ilmu .