Archive for January, 2011

>Menjolok mulut harimau….

January 31, 2011

>

Sesetengah orang suka main jolok-jolok. Jolok sana, jolok sini. Semua benda nak dijoloknya. Seronok. Sesekali jolok sarang tebuan, lari. Tapi, masih lagi seronok main jolok-jolok, akhirnya terjolok mulut harimau. Tunggulah…kita sama-sama lihat apa yang bakal terjadi.

>Terlalu banyak cakap….

January 30, 2011

>

Kadang-kadang kita terlebih cakap. Semua perkara kita nak cakap. Orang cakap benda A, kita pun cakap kita pakar dalam benda A, orang cakap benda B, kita pun membebel kita arif benda B. Pendek kata semua topik yang orang cakap, kitalah pakarnya. Kadang-kadang orang naik muak dan meluat tengok kita bercakap dan membebel perkara yang entah apa-apa. Berhati-hatilah bila nak bercakap tentang aqidah dan hukum hakam yang kita tak berapa arif, dalam kata lain perkara yang kita tak reti. Nanti kalau cakap terlalu banyak tembelang yang kita dok sembunyi selama ini pecah, satu dunia boleh hidu.

>Pandai Saras baru tempahan sahabat ( SOLD)

January 30, 2011

>

>OFFER RM850.00 ( 0N HOLD )

January 30, 2011

>Panjang keseluruhan 16 inci
bilah 11.8
Hulu/sampir/batang sena
Hujung gagak lapar

>OFFER GYLING-GULING

January 29, 2011

>
OFFER RM850.00

Panjang keseluruhan 15.5 in
Bilah 11.2 inci
Hulu tak pasti
Sarung sena

>Untuk apa belajar silat…..

January 29, 2011

>

Kalau dulu kita mengatakan belajar silat untuk mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara. Kini orang belajar silat untuk macam-macam. Walaupun kalau kita berdebat mereka tidak akan mengakuinya. Lihatlah fenomena yang berlaku pada hari ini. Bila dah handal dan hebat, orang-orang silat boleh jadi satu ancaman pula. Ingatlah, hidup ini hanya sementara, sebaiknya penghujung kehidupan kita di jalan Allah, bukan jalan samseng dan jalan haram. Carilah redha Allah.

>Masuk longkang….

January 29, 2011

>

Ramai juga yang masuk longkang bila dah banyak duit. Pelajaran agama sahaja tak mencukupi kalau tak diamalkan dalam kehidupan. Ingatlah hidup ini ada pasang surutnya. Guru-guru yang pernah mengajar kita tentang akhlak dan adab hanya mampu mendoakan agar kita mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat.

>Kayu dan besi

January 28, 2011

>Terima kasih sahabat kerana sudi menghantar kayu kemuning pada saya. Gabungan bilah dan sarung yang cantik akan menjadikan seni keris lebih indah dan bermakna.

>Memburu….

January 27, 2011

>Kalau zaman dahulu orang memburu untuk mengisi perut. Sekarang orang memburu pangkat, kerana dengan pangkat mereka boleh memerintah. Tapi yang peliknya bila dah berjawatan ada juga yang tak mampu diperintah.

>Jangan memaksa….

January 27, 2011

>Serahkan sahaja pada yang Esa setelah kita lakukan tugas kita dengan kudrat dan iradatnya.