Archive for October, 2011

Banyak helah

October 31, 2011
Jangan cuba merosakkan nama baik dan anggapan orang selama ini kerana hanya beberapa ratus ringgit. Tektik dan teknik tak senonoh dalam urusan jual beli hendaklah dielakkan. Sayangi diri sendiri. Tak berbaloi untuk kita membeli beras dan ikan dengan duit yang tak jelas bagi disuap dalam mulut anak-anak dan isteri.
Advertisements

Lok 7

October 30, 2011

Lahirmu ibarat keris
Lok 7 sepuh separuh
Besi asal kimpal berpintal
Besi baru baja di tengah
Puting pulas cucuk di hujung
Gagak lapar terbang rendah

Pesan ayah,
Bila dewasa tempakan sebilah
Lok 17 temani aman
Lok 13 penunjuk jalan
Lok 3 kejap pegangan
Lok 1 hakikat insan
hakikat diri rahsia besi

Kerja terganggu

October 30, 2011
Kerja-kerja tukang sampir agak terganggu kebelakangan ini. Cuaca yangf tidak menentu menganggu proses pengeringan varnish pada sarung. Namun tukang masih juga berusaha sedaya upaya dan menggunakan pelbagai helah seperti meletakkan sarung dekat dengan api dan juga penggunaan alat pengering rambut. Usaha murni untuk menyara anak dan bini.

Sepuh menyepuh

October 29, 2011
Istilah sepuh dalam kamus dewan bermaksud mengeraskan besi dengan membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dalam air. Tukang-tukang yang terlibat dalam pembuatan logam biasanya arif dengan istilah ini. Saya biasa melihat bagaimana tukang-tukang menyepuh sendiri peralatan pertukangan mereka. Ketajaman sesebilah pisau bergantung kepada jenis besi, baja dan kemahiran menyepuh. Pelbagai kaedah sepuhan dilakukan oleh tukang-tukang untuk menajamkan pisau, parang dan keris. Namun kepakaran seseorang adalah berbeza-beza. Seringkali kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan tukang keris Melayu masa kini tidak ada lagi yang boleh menyepuh. Jangan mengarutlah…

cincin perak permati cinta mani laut RM250.00 saiz 16

October 29, 2011

Virus

October 28, 2011
Ini bukan cerita virus yang makan manusia, tapi virus yang makan saya punya laptop. Hari ini dia buat hal lagi, terpaksa pinjam laptop bini untuk update blog. Tapi virus ini kurang bahaya berbanding virus yang merosakkan hati dan martabat nafsu kita. Dengki, khianat, tamak adalah virus yang boleh merosakkan diri sendiri.

Jangan mengaku

October 27, 2011
Tidak semua perkara kita tahu buat. Ada tukang boleh buat parang dan golok tapi tak boleh buat keris. Ada orang boleh buat keris tapi tak cantik pula bila buat sarung. Ada orang tak reti buat apa-apa tapi boleh berniaga keris. Tapi jangan sesekali kita mengaku buat itu ini yang kita tak boleh buat kerana ia akan mengaibkan dan menyusahkan diri sendiri.

No komen

October 27, 2011

Perlukah kita katakan no komen atau no komen dengan tidak berkata apa-apa.

Badik sahabat dah siap ( Nik Sarawak )

October 25, 2011

Lawi ayam RM250.00

October 21, 2011

Panjang keseluruhan 8 inci
Panjang bilah 4.5 inci
Hulu/sarung kemuning
penyangga tembaga