Archive for February, 2010

Kuku rimau

February 28, 2010

Dalam dunia senjata Melayu antara senjata sulit yang ditakuti ialah kuku harimau ( spesies kerambit/lawi ayam) ia dinamakan sebegitu kerena saiznya yang kecil seperti saiz kuku harimau sahaja.
Advertisements

Red Tourmaline – Cincin Suasa saiz 20 ( koleksi peribadi )

February 28, 2010

Alhamdulillah akhirnya siap juga cincin tourmaline yang saya tempah dengan sobat baik saya En Fauzi. Batu tourmaline ini saya beli dari sebuah kedai permata di KB, setelah meniliknya lebih 2 tahun akhirnya saya membuat keputusan untuk memilikinya.

Tukang Marzuki

February 28, 2010

Tukang sampir muda Sdr Marzuki . Walaupun baru berkecimpung dalam bidang pembuatan sampir bakat beliau mula terserlah, walau bagaimanapun penambahbaikan dalam peralatan masih perlu dilakukan untuk kualiti hasil yang lebih baik.

Muhasabah

February 28, 2010
Menghisab diri amat wajar setelah selesai sesuatu pekerjaan. Setelah segala kudrat anugerah tuhan kita curahkan, berlapang dadalah. Jangan sesekali kita “tinggalkan” tuhan dalam setiap analisis kejayaan dan kegagalan yang kita terima. Yang baik kita jadikan pedoman , yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga bertambah taqwa kita di sebalik sesuatu yang menimpa.

Zamrud air kaca saiz 19 RM1400.00

February 28, 2010

Keris Lok 7 berpamor (baru) RM550.00 SOLD

February 28, 2010

****************************************************************************************************************************************
Panjang keseluruhan 15 inci
Bilah 10.5 inci
Hulu/sampir/buntut 10.5 inci
Batang serunai halban

Kerja kraf di Malaysia

February 26, 2010
Kerja kraf berasaskan besi (senjata) di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah, sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, saya melihat tukang-tukang memang tidak menang tangan. Bermula dari tukang besi, tukang canai/melurah, tuakgn sampur dan juga tukang perak. Penempah terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan barangan yang dihajati. Semoga semakin ramai anak muda kita yang nampak potensi ini dan mengambil pelung untuk dijadikan satu kerjaya tetap.

Kod PM 1 – RM1500.00 saiz 19 Zamrud air kaca

February 25, 2010

Udah siap..

February 25, 2010

Ini adalah barang tempahan sahabat dari Putrajaya. 8 bentuk semuanya 2 loket emas, 1 loket suasa, dan 5 bentuk cincin perak.

Tip penjagaan keris

February 25, 2010

Semasa melihat atau membelek keris elakkan daripada menyentuh bilah/mata keris. Jika perlu satu tangan memegang hulu dan jari telunjuk melapik hujung mata keris sahaja, jangan dilurut mata keris kerana ia akan meninggalkan wap masin peluh pada bilah yang akan meyebabkan keris mudah berkarat.

Keris juga jika perlu dibersih dan diminyakkan sekali sekala. Jika karat biasa cukuplah hanya dengan limau nipis sahaja. Belah limau kepada dua dan sapulah mata menggunakan belahan limau tadi hingga keluar karat. Kemudian bersihkan dengan air besih/sabun. Lap hingga kering. Kemudian sapukan minyak keris. Kemudian biarkan ia betul-betul kering,barulah dimasukkan ke dalam sarung. Jika menggunakan minyak cendana ia tidak perlu lagi menggunakan haruman atau minyak wangi lain.