Archive for February, 2008

>Keris dan saiz

February 29, 2008

>Keris mempunyai pelbagai saiz, kecil besar, panjang,pendek, mata lebar dan sebagainya. Mengapakah terdapat saiz-saiz yang berbeza ini. Sebenarnya kebanyakan keris dibuat oleh tukang mengikut tempahan pelanggan. Pelanggan pula menempah keris berdasarkan ukuran dan sukatan yang dirasakan sesuai dengan diri mereka. Di samping itu ia juga disesuaikan dengan bilangan lok iaitu 1, 3,5,7,9,11 dan dalam bilangan ganjil seterusnya.

Jika kita membeli keris antik kita boleh membuat agakan saiz pemilik asal keris tersebut. Jika kerisnya besar dan panjang maka tentulah tuannya tinggi dan berbadan besar.

Ada juga keris-keris kecil yang dihasilkan untuk kaum perempuan. Walau bagaimanapun tidak semua keris dihasilkan mengikut sukatan badan. Kadangkala pandai besi menghasilkan keris dalam kuantiti yang banyak mengikut selera dan kepuasan seninya sendiri.

Advertisements

Keris dan saiz

February 29, 2008

Keris mempunyai pelbagai saiz, kecil besar, panjang,pendek, mata lebar dan sebagainya. Mengapakah terdapat saiz-saiz yang berbeza ini. Sebenarnya kebanyakan keris dibuat oleh tukang mengikut tempahan pelanggan. Pelanggan pula menempah keris berdasarkan ukuran dan sukatan yang dirasakan sesuai dengan diri mereka. Di samping itu ia juga disesuaikan dengan bilangan lok iaitu 1, 3,5,7,9,11 dan dalam bilangan ganjil seterusnya.

Jika kita membeli keris antik kita boleh membuat agakan saiz pemilik asal keris tersebut. Jika kerisnya besar dan panjang maka tentulah tuannya tinggi dan berbadan besar.

Ada juga keris-keris kecil yang dihasilkan untuk kaum perempuan. Walau bagaimanapun tidak semua keris dihasilkan mengikut sukatan badan. Kadangkala pandai besi menghasilkan keris dalam kuantiti yang banyak mengikut selera dan kepuasan seninya sendiri.

Hulu Tajong Gading RM4000.00

February 29, 2008

>Membelek keris…….

February 29, 2008

>Semakin lama berkecimpung dalam ilmu perkerisan sama ada sebagai pesilat dan peniaga keris, semakin ramai orang yang saya temui dengan pelbagai karenah. Sebagai Melayu memang tidak dapat dinafikan bahawa secara sedar atau tidak hampir semuanya meminati keris cuma kurang pendedahan, ilmu dan wang sahaja.

Sebagai orang silat yang agak lama dengan keris saya cukup teliti bila melihat orang memegang keris. Ini kerana sebaik mereka berdepan dengan keris kita boleh menilai sejauh mana ilmu mereka dalam bidang perkerisan. Bermula dengan memegang, mencabut dan menghunus, semuanya sudah memperlihatkan siapakah diri anda yang sebenarnya.

Bagi yang baru, saya nasihatkan agar tidak mencium bilah keris bukan milik kita. Ini kerana dikhuatiri “arsenik” yang digunakan untuk mencuci keris ditambah asap kemenyan akan meracun kita walaupun baunya wangi.

Membelek keris…….

February 29, 2008

Semakin lama berkecimpung dalam ilmu perkerisan sama ada sebagai pesilat dan peniaga keris, semakin ramai orang yang saya temui dengan pelbagai karenah. Sebagai Melayu memang tidak dapat dinafikan bahawa secara sedar atau tidak hampir semuanya meminati keris cuma kurang pendedahan, ilmu dan wang sahaja.

Sebagai orang silat yang agak lama dengan keris saya cukup teliti bila melihat orang memegang keris. Ini kerana sebaik mereka berdepan dengan keris kita boleh menilai sejauh mana ilmu mereka dalam bidang perkerisan. Bermula dengan memegang, mencabut dan menghunus, semuanya sudah memperlihatkan siapakah diri anda yang sebenarnya.

Bagi yang baru, saya nasihatkan agar tidak mencium bilah keris bukan milik kita. Ini kerana dikhuatiri “arsenik” yang digunakan untuk mencuci keris ditambah asap kemenyan akan meracun kita walaupun baunya wangi.

Tasbih Teras Gemunggal/kilo Pulau Redang RM300.00

February 29, 2008

Tasbih teras gemunggar Pulau Redang
Warna lebih putih/cerah
33 biji
Sukar diperolehi dan stok teras tinggal sedikit sahaja lagi.
( Pemilik asal Pak Ku Hassan, Kangkung P.Mas )

>Ketandusan jurulatih…..

February 29, 2008

>Saban hari saya dihubungi oleh pihak sekolah di PPD Kota Bharu dan PPD Bachok meminta jurulatih silat . Malangnya tidak semua permintaan dapat dipenuhi, ini kerana masa dan hari latihan yang bertindan di sekolah-sekolah berkenaan.

Senario inilah yang berlaku setiap tahun. Biasanya pembantu-pembantu jurulatih terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan SPM dan STPM, antara masalah yang dihadapi mereka ialah masalah penggankutan.

Bagi jurulatih-jurulatih senior pula ramai yang dah jual mahal. Mungkin kerana kesibukan kerja dan faktor keluarga maka mereka menolak untuk menjadi jurulatih di sekolah-sekolah. Saya sendiri dah 6 kali seminggu mengajar silat, tak ada ruang lagi untuk diisi. Kesian kepada anak-anak yang ingin belajar.

Ketandusan jurulatih…..

February 29, 2008

Saban hari saya dihubungi oleh pihak sekolah di PPD Kota Bharu dan PPD Bachok meminta jurulatih silat . Malangnya tidak semua permintaan dapat dipenuhi, ini kerana masa dan hari latihan yang bertindan di sekolah-sekolah berkenaan.