Archive for February, 2012

Batu, kayu dan besi

February 29, 2012
Semua itu adalah permainan dan  pemanis rasa hidup ini. Ia bukanlah segala-galanya. Kalau ia ada, adalah. Kalau ia tak ada, tak adalah. Jangan jadikan ia satu agenda besar yang menyebabkan kita kehilangan sahabat di kalangan manusia. Kejarlah, carilah penyuluh jalan pulang…kerana keris, badik, zamrud dan kemuning emas tidak mampu menjadi penyuluh kegelapan jalan pulang kita.

Bersangka baik pada Allah

February 28, 2012
Sangkaan kita terhadap Allah tidak menentu, bila dapat habuan kita bersangka baik, bila habuan berkurangan kita bersangka buruk. Sedangkan pada hakikatnya Allah sentiasa berbuat baik pada kita. Buah di hujung dahan kadangkala lebih manis dan lazat isinya.

Ikatan

February 27, 2012
Semalam sempat sembang dengan seorang sahabat lama. Isi perbualan ialah ikatan antara guru dan murid. Bila menuntut mesti ada ikatan yang sohih dan jelas. Tanpa ikatan yang jelas, sekadar mendengar dan berceloteh tidak ke mana walaupun mengaji berpuluh tahun.

Anak Badik RM150.00 ( SOLD) ad

February 27, 2012


Hulu/sampir/buntut kemuning
Batang sarung sena

Kuku rimau sarung teras asam RM170.00 (SOLD) AD

February 26, 2012

Angan-angan

February 26, 2012

Apa yang kita lakukan dalam angan-angan kita tak melepaskan kita dari hukum syariat. Contohnya kalau kita mimpi solat, tak melepaskan kita dari solat fardu. Sama juga kalau kita mimpi pergi Mekah, tak menggugurkan fardu haji yang wajib ke atas kita. Kalau semuanya nak kita lakukan secara batin maka tak perlulah kita makan nasi, cukup sekadar hidu baunya sahaja.

Berkira

February 26, 2012
Ada orang terlalu berkira dengan diri sendiri…, nak suap ke mulut sendiri pun berkira. Ada orang berkira dengan anak bini, kalau dengan keluarga sepuluh sen pun berkira tapi dihabiskan di kedai kopi beratus-ratus ringgit tak pernah berkira. Ada orang terlalu berkira dengan gurunya, nak hadiahkan alfatihah setahun sekali pun susah, apatah lagi  nak hadiahkan harta benda.

Kuku Rimau Hulu Tanduk Rusa RM200 ( SOLD )

February 25, 2012


Hulu tanduk rusa, penyangga tembaga, sampir tanduk rusa + tanduk kerbau
Sarung sena



Silaturrahim

February 24, 2012
Ada insan yang boleh menundukkan besi, menundukkan binatang buas dan menundukkan makhluk-makhluk halus. Ironinya kita sukar untuk menundukkan nafsu malas, ego dan pelbagai lagi sifat mazmumah kita. Janganlah kerana dek besi sebatang kita berlaku kurang ajar dan biadap sesama manusia.

Kuku Rimau RM100 SOLD

February 24, 2012

Sarung sena, penyangga tembaga dan tanduk rusa