Archive for April, 2010

Tempahan sahabat yang baru siap

April 30, 2010

Inilah barang tempahan yang baru dihantar oleh tukang ke rumah, terima kasih pada tukang yang memahami situasi. Harap sahabat-sahabat yang menempah bersabar menanti giliran masing-masing. Almaklumlah, kena beratur dengan sopan.

Advertisements

RUJUKAN BESTARI SEJARAH SPM RM12.00 termasuk pos

April 29, 2010

Ditulis oleh Guru yang berpengalaman dalam pengajaran sejarah. Merupakan buku yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian guru-guru setiap tahun. Disarankan kebanyakan guru-guru sejarah peringkat SPM untuk menjadi rujukan pelajar-pelajar. Keistimewaan Buku ini :
– Ringkas dan padat
-Berasakan pendekatan soalan
-Bentuk soalan menepati piawaian pentaksiran LPM
-Berpandukan aras hasil pembelajaran dalam huraian Sukatan pelajaran.
-Maklumat autentik daripada teks KBSM
-Meliputi seluruh topik dalam HSP Ting. Empat dan 5

Sebalik duka ada suka…

April 29, 2010
Semenjak sakit pinggang, saya ke rumah tukang urut silih berganti. Pelbagai cerita yang saya dengar, daripada kisah urut hinggalah kepada ilmu-ilmu warisan orang-orang tua. Akhirnya barulah saya sedar bahawa saya sudah lama meninggalkan aktiviti mengunjungi orang-orang “tua” untuk menadah telinga dan bermuzakarah. Aktiviti ini terlepas dari jadual hidup saya setelah sibuk dengan pekerjaan, persilatan dan perniagaan. Kepada anak-anak muda gunakanlah kesempatan yang ada untuk menadah telinga dan menimba ilmu dari orang-orang tua. Walaupun hari ini kita anggap celoteh mereka itu tak berapa penting, mana tahu suatu hari ia bakal mewarnai hidup kita.

Blue Sapphire ( tempahan sahabat)

April 29, 2010

Blue sapphire 2.3 ct
Emas 960 – 7.3 gm
Berlian Asli 2.25 mm – 14 biji

Milik Sahabat

April 29, 2010

Cincin permata batu petir 3 warna RM450.00 ( stok 1 sahaja)

April 29, 2010

Saiz 21 ikat perak.

Mencari hak dalam berGayong.

April 28, 2010
Alhamdulillah masyarakat hari ini disajikan dengan kepelbagaian ilmu yang ada dalam Seni Gayong, perkembangan warisan seni gayong telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai versi silibus dan terdapat juga pelbagai versi cerita. Kadang-kadang terdapat versi-versi cerita yang entah apa-apa. Kadang kadang cerita yang dibawa dan dijaja-jaja menggelikan hati kami pemain-pemain yang sudah menjadi sebahagian dari cerita. Kurangkanlah cakap lebihkan bersilat .

Maaf kerana tiada " ruangan komen"

April 28, 2010
Beberapa minggu lepas saya menghadapi masalah virus yang menyerang komputer saya melalui komen-komen yang dihantar. Jadi sebagai langkah keselamtan saya menutup buat sementara waktu ruangan komen dalam entry-entry saya. Untuk makluman juga, line telefon dan streamyx di kawasan saya masih bermasalah kerana panahan petir dua hari lepas. Saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana tempahan yang delay. Ini kerana masalah kesibukan kerja hakiki dan sedikit masalah kesihatan. Sebarang kesulitan adalah atas kehendakNya jua. Terima kasih semua.

Cincin Suasa Pahat Mesin Permata Delima Saiz 19 RM600.00

April 26, 2010

Budi bahasa..

April 26, 2010
Setiap kali kunjungan kita ke rumah guru-guru tua, kita disambut dengan penuh perasaan. Bayangkan kalau kita menginap selama dua hari di rumah guru tua, berapa agaknya kerugian yang dialami oleh guru kerana meninggalkan kerja rutinnya mencari rezeki, bayangkan pula berapa kita perlu bayar hotel untuk menginap 2 malam. Jadi hulurkanlah sumbangan kepada guru-guru tua, bukan atas dasar membeli ilmu tetapi sebagai pemberian anak kepada ayah.

*Malam tadi adaptor streamyx saya meletup selepas dentuman petir kuat. Nasib baik laptop tak on, kalau tidak hancur.