Archive for August, 2007

>Arm Lock….senjata rahsia silat Melayu

August 31, 2007

>Arm Lock atau kuncian tangan merupakan pakaian guru-guru tua dalam silat Melayu. Seni kuncian tangan ini begitu menyakitkan sekali. Pada masa kini ia semakin luput ditelan zaman. Dari hari ke hari namanyapun sudah tidak kedengaran lagi. Apakah kita sanggup melihat pada suatu hari nanti silat Melayu sudah hilang taringnya, sudah hilang bisanya,sudah hilang seninya. Namun begitu, seni ini bukan untuk tontonan umum, mahupun untuk mencari beberapa ringgit sebagai ganjaran. Ia melebihi segalanya kerana jika kita menguasai seni ini , percayalah suatu hari maruah bangsa bisa kita julang. Kepada sahabat-sahabat yang bergiat aktif dalam seni Gayong, lupakan persengketaan, buang hasad dan dengki, jujurlah pada diri sendiri, jujurlah pada anak-anak murid kita, jujurlah pada persatuan. Kembalikan kehebatan gayong dengan menguasai ilmunya bukan dengan topeng yang kita sendiri reka. Wallahualam.

Advertisements

Arm Lock….senjata rahsia silat Melayu

August 31, 2007

Arm Lock atau kuncian tangan merupakan pakaian guru-guru tua dalam silat Melayu. Seni kuncian tangan ini begitu menyakitkan sekali. Pada masa kini ia semakin luput ditelan zaman. Dari hari ke hari namanyapun sudah tidak kedengaran lagi. Apakah kita sanggup melihat pada suatu hari nanti silat Melayu sudah hilang taringnya, sudah hilang bisanya,sudah hilang seninya. Namun begitu, seni ini bukan untuk tontonan umum, mahupun untuk mencari beberapa ringgit sebagai ganjaran. Ia melebihi segalanya kerana jika kita menguasai seni ini , percayalah suatu hari maruah bangsa bisa kita julang. Kepada sahabat-sahabat yang bergiat aktif dalam seni Gayong, lupakan persengketaan, buang hasad dan dengki, jujurlah pada diri sendiri, jujurlah pada anak-anak murid kita, jujurlah pada persatuan. Kembalikan kehebatan gayong dengan menguasai ilmunya bukan dengan topeng yang kita sendiri reka. Wallahualam.

Semerbak Harum

August 29, 2007
Ada sesiapa yang teringin nak mandi bunga? Di kawasan rumah saya ni ada bermacam-macam pokok bunga yang berbau wangi. Tapi sekarang ni musim hujan, jadi bunga tidak tahan lama. Antara bunga yang sempat saya rakam pagi tadi :

Melati pucuk putih

Cempaka Putih

Bunga Cina

Bunga Melur

Melati

Bunga Kenanga

Kemuning

Cucuku Yang Kedua

August 29, 2007

Cucuku yang kedua ( cucu saudara le.. ),
Mohd Akil Hafizuddin b. Mohd Azhuzairi
Umur : 2 bulan

Allah yang menentukan segalanya

August 28, 2007
Buah hatiku

Ada ketikanya tatkala aku bersendirian,tersingkap kembali kenangan suka duka semasa usiaku masih kanak-kanak, dan seterusnya remaja. Betapa jauhnya perbezaan dunia kanak-kanak dan remaja seangkatanku jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Berbekalkan wang saku sekecil 20 sen, aku setia menghabiskan enam tahun pembelajaran di sekolah rendah tanpa mengenal erti ponteng. Seterusnya dengan berhujan dan berpanas, aku menyambung pembelajaran di sekolah menengah. Masih terbayang penat jerih aku dan rakan-rakan mengayuh basikal saban hari di jalan yang berdebu merah ketika bercuaca panas dan berselut likat ketika turunnya hujan. Namun itu semua tidak melemahkan semangatku untuk terus belajar mencari ilmu. Segalanya aku lalui dengan redha sehinggalah aku dan rakan-rakan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Terimakasih untuk ayah, ibu dan kedua-dua abangku, tidak lupa guru-guruku.

Ketika itu, hanya impian dan cita-citaku yang menjadi pendorong untuk aku terus menggapai sebuah kejayaan demi kejayaan. Sebagai remaja kampung yang merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik ( aku mempunyai dua orang abang ), tinggal di sebuah rumah kampung yang sederhana, yang ketika itu masih menggunakan perigi dan timba, tanpa peralatan elektrik kecualilah seterika, menjadikan aku seorang remaja yang mengimpikan segala-galanya. Aku impikan jawatan yang bergaji bulanan ribuan ringgit, semoga nanti dapat aku miliki rumah cantik yang berbilik-bilik, dilengkapi pula dengan perabut dan alatan elektrik yang canggih. Aku impikan juga kereta yang besar menjalar. Dan sekiranya dipertemukan jodoh, aku impikan seorang suami yang baik. Bukan setakat itu, aku impikan anak-anak yang ramai kerana semasa kanak-kanak dan remajaku, aku sentiasa kesunyian kerana pada masa tersebut kedua-dua orang abangku belajar dan bekerja di luar negeri Cik Siti Wan Kembang. Segala-galanya ingin aku miliki….

Kini, alhamdulillah aku telah miliki pekerjaan yang baik. Aku juga telah miliki rumah tempat berlindung dari hujan dan panas, walaupun tidak besar tapi “saya suka rumah saya”, ada kereta walaupun tidak menjalar-jalar. Ada suami yang baik, ada segala-galanya yang sesuai dengan keperluanku. Hanya satu yang belum aku milik… anak-anak yang ramai sebagaimana impianku suatu ketika dulu.

Duhai hati, usah bersedih dengan kekurangan yang satu itu. Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya. Jika dihitung nikmat Allah yang telah dikurniakanNya, sudah tentu kita tidak terhitung kerana banyaknya nikmat tersebut. Apalah sangat kekurangan yang satu itu. Jika itulah ketentuanNya, kita tidak mampu mengubahnya……..

>Geroh…

August 28, 2007

>Geroh…, geruh, gerah : mengikut kamus Dewan ‘geruh’ bermaksud malang , celaka, nasib buruk, sial, kemalangan. Jadi dalam perbincangan ini saya andaikan bahawa konteks geruh ialah kemalangan atau nasib malang. Dalam bidang persilatan ia menjadi elemen pelengkap kepada seorang pendekar Melayu . Adalah amat malang jika seseorang yang merasakan dirinya sudah cukup masak dalam bidang persilatan tetapi terlepas pandang akan kepentingan ilmu ini. Cuba kita kaji semula kisah Kiyai Salleh, bukankah isterinya yang menguasai ilmu firasat yang menjadi perancang utama serangan-serangan yang dilakukan oleh pasukan selendang Merah Kiyai Salleh. Sehubungan itu jangan kita mudah melatah mengatakan bahawa ilmu ini bersalahan dengan agama dan sebagainya. Belajar dulu, kaji dulu, fahami dulu akhirnya buatlah penghakiman. Jangan menghukum sesuatu tanpa ilmu dan tanpa usul periksa. Oleh kerana kita tak tahu dan tak belajar, maka yang orang lain tahu dan belajar itu adalah salah. Wallahuaalam.
Insyaallah bersambung.

Geroh…

August 28, 2007

Geroh…, geruh, gerah : mengikut kamus Dewan ‘geruh’ bermaksud malang , celaka, nasib buruk, sial, kemalangan. Jadi dalam perbincangan ini saya andaikan bahawa konteks geruh ialah kemalangan atau nasib malang. Dalam bidang persilatan ia menjadi elemen pelengkap kepada seorang pendekar Melayu . Adalah amat malang jika seseorang yang merasakan dirinya sudah cukup masak dalam bidang persilatan tetapi terlepas pandang akan kepentingan ilmu ini. Cuba kita kaji semula kisah Kiyai Salleh, bukankah isterinya yang menguasai ilmu firasat yang menjadi perancang utama serangan-serangan yang dilakukan oleh pasukan selendang Merah Kiyai Salleh. Sehubungan itu jangan kita mudah melatah mengatakan bahawa ilmu ini bersalahan dengan agama dan sebagainya. Belajar dulu, kaji dulu, fahami dulu akhirnya buatlah penghakiman. Jangan menghukum sesuatu tanpa ilmu dan tanpa usul periksa. Oleh kerana kita tak tahu dan tak belajar, maka yang orang lain tahu dan belajar itu adalah salah. Wallahuaalam.
Insyaallah bersambung.

>Ilmu Geroh, Warisan Melayu ibarat Berlian Segunung

August 27, 2007

>Ilmu geroh adlah antara ilmu masyarakat Melayu yang amat bernilai sama seperti Feng Sui dalam masyarakat China. Ilmu ini bukan sahaja di amalkan oleh orang Melayu atau China tetapi juga Ulama-ulama Besar dalam sejarah Islam. Untuk menambah ilmu cuba baca kisah Imam Asshafei, bagaimana berpengaruhnya ilmu geroh atau firasat ini dalam kehidupannya. Ilmu geroh adalah ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan manusia sehari-hari. Bersambung..

Ilmu Geroh, Warisan Melayu ibarat Berlian Segunung

August 27, 2007

Ilmu geroh adlah antara ilmu masyarakat Melayu yang amat bernilai sama seperti Feng Sui dalam masyarakat China. Ilmu ini bukan sahaja di amalkan oleh orang Melayu atau China tetapi juga Ulama-ulama Besar dalam sejarah Islam. Untuk menambah ilmu cuba baca kisah Imam Asshafei, bagaimana berpengaruhnya ilmu geroh atau firasat ini dalam kehidupannya. Ilmu geroh adalah ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan manusia sehari-hari. Bersambung..

>Makan gerak dalam gerak….sambungan

August 27, 2007

>Pada masa kini terdapat banyak perguruan yang mengatakan mereka mengajar kaedah makan gerak dalam gerak. Daripada pengamatan saya hakikat ini adalah jauh panggang dari api. Tanda-tanda persilatan yang mengamalkan keaedah makan gerak dalam gerak antaranya ialah :

1. Pelajar tidak dibenarkan menggunakannya untuk bertanding atau menunjuk-nunjuk
2. Pelajar diajar secara khusus tempat seharusnya di pandang semasa sparring.
3. Diajar di tempat tertutup

Walau bahaimanapun apa yang saya tulis ini adalah pendapat peribadi saya dan tidak melibatkan mana-mana pertubuhan. Wallahualam.