Archive for August, 2009

Apabila rahsia Silat Melayu difilemkan

August 31, 2009
Dokumentari Silat Gayong yang disiarkan di National Geografic Channel amat mengujakan, namun saya terasa berada di persimpangan, kerana rahsia permainan Cindai Goyong sudah tidak menjadi rahsia lagi walaupun masih ramai anak-anak gayong di tanah air tercinta ini tidak pernah mempelajarinya. Walau apa pun tahniah kepada semua pihak yang telah mengangkat martabat seni beladiri bangsa kesatu tahap yang membanggakan.
*zattttttttttt

Menjadikan serangan bertubi lebih laju

August 31, 2009
Peranan latihan, kefahaman dan tunjukajar guru akan banyak membantu. Antara teorinya ialah sebelum serangan pertama dilancar kita sudah berfikir untuk serangan yang ketiga. Begitu juga, sebaik serangan kedua dlancar ia sudah bersedia untuk serangan keempat.

Blog sahabat ambo

August 31, 2009
Pada penghujung 2006 seorang sahabat telah memperkenalkan saya pada dunia blog. Kemudian awal tahun 2007 kami berkursus dengan kadar bayaran pada penceramah RM3000.00 sehari. Inilah blog sifu yang menjadikan saya seorang blogger http://cikgusenismbd.blogspot.com/.

Keris Kelantan

August 31, 2009
Perniagaan keris di Kelantan boleh dibahagikan kepada 2 secara umum. Kategori pertama ialah kategori urusniaga barang antik dan kategori kedua ialah penghasilan keris-keris baru oleh gabungan tukang-tukang. Bayangkan apa yang akan berlaku suatu masa nanti jika berlaku lompang selama 5 tahun dalam penghasilan keris-keris berkualiti seperti hari ini sedangkan umat Melayu semakin ramai yang meminati keris.

Pandai Saras RM2200.00

August 31, 2009

Panjang keseluruhan 19 inci

Panjang bilah 14 inci
Sampir ketengga
Batang serunai sena

Kenapa?

August 30, 2009
Kenapa sesuatu itu berlaku di hadapan kita, apa kaitannya dengan diri kita. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Tetapi kenapa melibatkan kita? Siapa pula kita untuk menolak dan mampukah kita menolak. Fikir-fikirkan.

Menconggak-conggak

August 30, 2009
Seringkali timbul perasaan was-was bila kita terkenangkan persoalan ekonomi, atau dengan kata lain wang ringgit. Kita kekadang risau, cukup atau tak cukup, dapat atau tidak. Sudah menjadi adat kerana kita ini manusia. Sebaiknya berlapang dada dan bersifat “cool” kerana kita hanya berusaha, Tuhan jugalah yang menjayakannya.

Karisma (3)

August 30, 2009
Tenang. Antara karektor yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah sikap tenang dan tidak gopoh. Faktor ini penting kerana kaedah penyelesaian masalah dalam masyarakat memerlukan pertimbangan yang rapi, cermat dan tidak tergesa-gesa. Cara bercakap yang tenang tapi tegas akan menjadikan seseorang pemimpin lebih disenangi dan digeruni.
*tidak semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin masyarakat

Alfatihah

August 29, 2009

Takziah kepada keluarga En.Suhaimi, Setiausaha PSSGM Terengganu kerana kematian isterinya semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Arwah selamat disemadikan di Kg Cempaka Kota Bharu. Alfatihah.

Menebar

August 28, 2009

Barang siapa menebar angin,
Kelak dia pasti menuai badai