Archive for August, 2011

Senandung pilu anak gayong ……..

August 29, 2011

Untuk apa kita bergayong kalau tiada tauhid sebagai payung.

Untuk apa kita bergayung kalau bangsa sendiri kita tak nak tolong

Untuk apa kita bergayong kalau kalau di mulut selalu berbohong

Untuk apa kita bergayong kalau perangai mengalahkan polong

Untuk apa kita bergayong kalau harta persatuan semua kita balun

Untuk apa kita bergayong kalau sekadar ghairah mengejar bengkung

Untuk apa kita bergayong kalau sekadar terpekik terlolong mengintai untung

Menerbangkan kerangka layang-layang

August 28, 2011
Ramai yang menaruh harapan dengan ilusi palsu. Perjalanan yang hanya dihiasai dengan cakap-cakap dan sembang-sembang ibarat menerbangkan layang-layang yang tidak ditampal dengan kertas, hanya rangka. Begitulah perumpamaan orang-orang yang arif tentang hakikat perjalanan yang tidak diisi dengan ilmu dan amal. Ramai yang seronok dan naik “sekh” bila bersembang bab tasauf, sebenarnya masih belum naik di atas landasan, sekadar seronok bercakap-cakap sahaja.

Pasang dan surut

August 28, 2011
Dalam kesibukan umat Islam nak berhari raya, saya ketandusan ilham untuk menulis. Barangan untuk jualan juga saya “rehat” kan untuk sementara waktu kerana masalah pengeposan sempena cuti raya. Maaf dipinta kepada sahabat-sahabat yang hantar email dan sms yang kadangkala tak terbalas dalam sehari dua ni. Alhamdulilllah, syukur kepada Allah kerana bisnes seni warisan ini sentiasa meriah dan mengembirakan. Namun, sesuatu mesti sentiasa diperingatkan bahawa rezeki Allah itu berjalan di atas tangan-tangan manusia. Jadi berbuat baiklah sesama manusia. Bak kata pepatah, musuh jangan di cari rezeki jangan ditolak. Membujur lalu melintang patah. Budi disemai rezeki dituai.

Jadual Raya

August 24, 2011
Hari raya tahun ni ambo agak sibuk sedikit. Hari raya ketiga (1 Sept) dan raya ke lima (3 September) ada kenduri kawin anak-anak sedara. Dikesempatan ini juga ambo ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua, segala salah silap semasa ambo menulis dan berurusan ambo mohon maaf. Ambo bersyukur pada Allah kerana diam-tak diam sudah 5 tahun ambo bersiaran melalui blog ini dan insyaAllah jika diizinkan Allah ambo akan terus menulis dan berniaga pada masa-masa hadapan. Hidup ini satu ketentuan.

Biarkan…

August 21, 2011
Terlalu teruja dengan sesuatu yang baru kadang-kadang boleh membawa padah. Dalam dunia hobi membeli dan mengumpul senjata keadaan ini sering berlaku. Kecenderungan yang berlebihan terhadap “power” sesuatu barang lebih membahayakan lagi. Ketaksuban untuk hebat, lebih, digeruni, dikasihi, dan pelbagai lagi menjadikan pembeli sering lupa diri. Kes terbaru seorang sahabat menjual semua koleksinya yang dibeli atas dasar murah rezeki kerana kesuntukan wang. Jadi di mana benar dan logiknya keris boleh menjadikan rezeki seseorang itu murah. Yang tentunya murah rezeki ialah penjual keris. Akhirnya mereka menjadi lauk yang sedap ditelan oleh penjual.

Alang Selit antik bilah halus RM700 (SOLD)

August 20, 2011

Panjang keseluruhan 12 inci

Bilah 8.5 inci

Hulu kemuning

pendokok perak

batang sarung sena

Terlebih politik,,,,,,

August 20, 2011
Umat Melayu Islam di Malaysia dah terlebih bermain politik, tiada masa rehat untuk politik. akhirnya ramai warga sebangsa kita murtad begitu sahaja. Dalam situasi ini pun kita umat Islam masih nak berbalah dan menuding jari sesama sendiri. Apalah malangnya bangsaku ini…

Menjawab pertanyaan sahabat…

August 19, 2011

Seorang sahabat bertanya pada saya selepas solat terawih sambil makan-makan colek tentang seorang sahabat yang lain. Katanya “sahabat kita tu faham atau tidak bab kenal mengenal, bila bercakap seolah-olah sudah menjulang ke awan”. Jawapan saya senang sahaja “wallahualam”.



*Bolehkah kita mengenal hanya dengan bercakap

Zamrud untuk perhatian Hilmi

August 19, 2011



Saiz batu sekitar 5 hingga 6 ct

Udah siap…

August 19, 2011



Cincin kahwin tempahan sahabat.