Archive for September, 2010

Demontrasi di Dataran Stadium Sultan Muhammad iv

September 30, 2010
Tak ada foto masa demonstrasi, kerana semua terlibat dengan demo, saya pula jadi tukang ulas masa persembahan. Walau apapun terima kasih kepada pihak USM dan Perbadanan Menteri Besar kerana sudi memberi peluang kepada anak-anak muda menimba pegalaman.
Advertisements

Langkah demi langkah….

September 30, 2010
Dalam permainan tempur, menepis serangan yang disusun lawan bukan mudah, lapis pertama biasanya lepas, jika dituju dengan lapis kedua dan ketiga, kelam kabut jadinya. Silap-silap gigi boleh gugur ke bumi. Jika kita yang menyusun jangan alpa, jangan ingat jarum kita sahaja yang tajam, jarum orang pun tidak kurang tajamnya.

Latihan untuk demonstrasi sempena Karnival Kesihatan Wanita Peringkat Negeri Kelantan 2010

September 30, 2010

Tempahan sahabat (sold)

September 29, 2010

Sangka baik..

September 29, 2010
Peringatan untuk diri sendiri, seringkali kita berprasangka, sama ada baik atau buruk pada seseorang. Namun jauh sekali untuk kita menyelami hati budi seseorang tanpa mengetahui latar sejarah kehidupannya. Biasanya prasangka kita hanyalah pada apa yang zahir dan daripada apa yang kita dengar sahaja. Walau apapun jalan yang paling selamat ialah kita membetulkan prasangka kita terhadap Allah s.w. Bersangka baik kepada Allah adalah lebih baik daripada segalanya. Usah kita hiraukan sekelumit ragam permainan manusia, kerana tanpa ragam, hidup ini tak akan dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.

Badik pupuk sarung teras celagi/asam jawa RM280.00 SOLD

September 28, 2010

Panjang keseluruhan 14 inci
Panjang bilah 9.2 inci
sarung teras asam jawa/celagi

Ayam terlepas, tangan bau tahi….

September 28, 2010
Pepatah Melayu yang bagus untuk direnungkan bersama, maksudnya ialah hasil tak dapat, yang dapat ialah nama yang buruk dan busuk. Dalam kehidupan ada aturannya, dalam setiap permainan ada penamat dan khatamnya. Apa yang kita usahakan insyaAllah akan ada hasilnya sama ada banyak atau sedikit, baik atau buruk. Dalam perjalanan kita menuju kepadanya ada banyak cubaan, kadang-kadang kita diberikan kekuatan dan kuasa sebagai ujian, kadang-kadang kita diberi kekayaan sebagai ujian, dan kadang-kadang kita diberi ilmu sebagai ujian. Gunakan semuanya untuk kebaikan, jangan kita rosakkan. Ilmu, amal dan ikhlas merupakan gandingan sempurna dalam perjalanan. Berusahalah untuk mendapatkan ilmu dengan kaedah dan cara-caranya yang betul, beramallah kerana ia merupakan buah kepada ilmu dan ikhlaslah yang membezakan hampa atau berjasa ilmu dan amal tadi. Buat tak semudah cakap.

Tasbih teras kemuning hitam RM150.00 SOLD

September 28, 2010


Permata teras raja kayu putih SOLD

September 27, 2010

Telah diposkan hari ini

Kenal dan dikenali

September 27, 2010
Ramai yang menelusuri jalan mengenal. Ramai sahabt-sahabat kita yang hafal kisah wali-wali, hafal kekeramatan dan kehebatan mereka. Kita baca dan ceritakan semula kisah-kisah mereka dengan bangga. Alhamdulillah, satu usaha yang baik. Tetapi terlebih baik lagi jika usahakan untuk belajar dan betulkan kisah shahadah kita, kisah wuduk kita, kisah solat kita dan kisah ibadah kita. Kita tak akan disoal di akhirat nanti tentang kisah Rabiautul adawiyah, kita tak akan disoal tentang kisah Hallaj, kita juga tidak akan disoal tentang kisah Uwais, tetapi kita akan disoal tentang fardu ain kita. Beres atau tak beres.