Archive for January, 2012

Sabar menanti

January 31, 2012

Sabar..sabar…sabar. Insyaallah dapat yang terbaik.

Besi yang baik

January 30, 2012
Mencari besi yang baik untuk sesebilah keris bukanlah mudah. Kegigihan, kesabaran, kefahaman dan pergorbanan wang ringgit menjadi taruhan. Namun semua itu adalah perkara yang remeh belaka. Mencari dan mengenali hakikat diri dan beramal dengannya adalah jauh lebih utama daripada besi baru atau besi lama yang baik.

Tanyalah…..

January 30, 2012
Cakap soal agama ramai yang ingin berada pada kedudukan yang tinggi. Kalau orang belajar syariat kita pula kononya belajar taroqat, kalau orang belajar tariqat kita pula belajar makrifat, kalau orang belajar makrifat kita pula belajar hakikat. Hebat memang hebat, semua orang tanya kita boleh jawab, lahir atau batin semua selesai kita belasahkan. Tapi bila kita sendirian hati kita pula tertanya-tanya, betulkah apa yang aku pegang dan bawa ini. Jawablah..

Jalan balik….

January 30, 2012
Bila cakap soal jalan balik…ramai yang tak berapa seronok. Mana tidaknya, banyak perkara yang belum beres. Cuba timbang-timbangkan, usah ditimbang ilmu yang hebat-hebat. Timbanglah soal syahadah kita…jazam atau sekadar tiong. timbang pula soal wuduk…jangan sekadar ikut-ikut. Timbang-timbang pula bab solat..bila kita belajar, masa sekolah rendah atau sekolah menengah suatu waktu dulu.

Saras Baru RM550.00 ( SOLD) azman JB

January 30, 2012

Panjang keseluruhan 13 inci
Bilah 9 inci
hulu/sampir kemuning
batang sarung sena

Berniaga seperti biasa….

January 29, 2012
Alhamdulillah, ambo dah habis bercuti, kepada sahabat-sahabat maaf banyak-banyak dipinta kerana menghilangkan diri dari rumah bermula dari 24 hingga 28 hb Januari. Kepada sahabat yang menempah barang insyaAllah bermula esok saya akan memulakan proses pengeposan barang dan berhubung dengan tukang-tukang. Kepada sahabat-sahabat kunjungan saya sepanjang bercuti, terima kasih banyak-banyak, budi baik sahabat semua dalam ingatan sepanjang hayat. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Cuti seminggu 24 hinga 28 Jan 2012

January 24, 2012

Berapa lama boleh jalan….

January 22, 2012
Pengalaman banyak mendewasakan kita, kalau tak dewasa pun cukuplah dengan akil baliqh. Tahu membezakan mana hak kita dan mana hak orang, mana hak tuhan dan mana tugas insan.Cakap pandai bukan ukuran, yang dilihat dan dinilai ialah perbuatan. Apa guna ilmu, kalau untuk kita syarahkan pada awam tapi bukan diamalkan empunya badan.

* berteman biar berkawan, bersahabat biar berubat

Sakit…

January 22, 2012
Manusia moden hari ini ramai yang tidak sehat. Ramai yang sakit kerana terlebih makan dan ramai juga yang sakit kerana terlebih pengetahuan. Andai kita kaya atau berharta janganlah kita taburkan wang ringgit kita di tepi-tepi jalan. Andai kita berilmu jangan kita hamburkan di tepi-tepi longkang. Bukan kedekut tapi biarlah mengikut kaedah menuntut.

Helah bela diri

January 22, 2012

Jangan jadikan helah beladiri kita berada di hadapan. Memujuk diri dengan helah beladiri bukan penyelesai masalah. Akhirnya kita rasa tidak bersalah, tetapi sebaliknya pula.