Archive for October, 2009

Binasa syahadah

October 29, 2009

Dalam kitab Musolli yang dibaca zaman budak-budak dahulu, pada muqaddimahnya tercatat :-

4 perkara yang membinasakan syahadah …..

1 – Buat amal tanpa ilmu / belajar
2 – Tak tahu tak belajar
3 – Belajar tak amal
4 – Kata keji pada orang yang buat kebaikan

Sembang-sembang bersama sahabat – intipati

October 22, 2009

….bermula riak apabila timbul perasaan tidak mahu beramal kerana risau akan berlaku riak.
……mereka yang tidak mahu beramal kerana dikhuatiri riak adalah golongan yang terpedaya.

(Riak yang terjadi pada permukaan air mesti kerana ada sesuautu yang telah menggerakkannya)

…. kau tak pandang ia akan datang.

October 21, 2009
Dalam pencarian menuju kepadaNya, pelbagai cenderamata diberikan kepada pelawat sebagai tanda kenangan, semakin berpangkat semakin mahal hadiah yang diberikan. Terimalah seadanya tapi jangan sampai berbekas di hati untuk mencarinya.

Melihat Melayu melalui keris…

October 17, 2009
Bercakap tentang keris seringkali kita boleh menilai Melayu melalui keris. Melayu dalam kontek ini ialah kefahaman Melayu tentang “Kemelayuannya”. Ia meliputi adab, sopan dan ilmu tentang khazanah tinggalan nenek moyang mereka yang sudah didedikasikan sebagai satu disiplin ilmu walaupun tidak tertulis. Adab minta izin semasa melihat, minta izin hendak melihat bilah, adab hujung keris tidak ke arah kawan, cara memegang bilah keris, cara mencabut keris dan cara menilai, semuanya memperlihatkan Melayu dengan Kemelayuannya.

Cermat..

October 16, 2009
Percakapan adalah sebahagian daripada kehidupan kita seharian. Cara, gaya dan inti percakapan seseorang melambangkan keperibadian. Sehubungan itu apabila bercakap, cakaplah yang baik-baik, berfaedah, membahagiakan, berisi dan bernas. Kalau kita suka bercakap sembarangan, sembrono dan tidak memberi faedah tidak akan ada orang sudi mendengarnya suatu hari nanti. Akibatnya kita dilabelkan sebagai kaki borak, kelentong dan cakap tak serupa bikin. Walhasilnya kita akan bercakap seorang diri kerana orang ramai dah tak sudi mendengarnya walaupun ilmu dalam dada kita membuak-buak. Begitu juga kalau kita cakap terlalu pandai, akan ada orang yang boring mendengarnya, kerana kita kelihatan asyik nak menonjolkan diri kita dimatanya. Sehubungan itu berpada-padalah, cakap bila perlu, dengar didahulu.

Memilih lorong

October 15, 2009
Kehidupan ada lorong-lorongnya. Bila dah masuk lorong susah juga nak jumpa ” U turn”. Semasa berada dalam lorong sesekali fikir-fikirlah, boleh sampai tak lorong ni ke destinasi. Tapi kalau dah yakin betul, belasah sajalah. Meninggalkan lorong gelap dan memilih lorong cahaya memerlukan keberanian dan pengorbanan serta sanggup menanggung risiko.

*jangan syok sendiri dgn lorong kita, sesekali jenguk-jenguklah lorong orang lain

Hilang manisnya…..

October 13, 2009
Kadang-kadang solat kita terasa tawar, hambar dan tiada manisnya. Di mana silap dan di mana salahnya. Jangan biarkan ia berlarutan, biarkan solat berbekas dihati dan berbekas pada perlakuan. Jika ia tawar, mungkin ada sesuatu yang perlu kita tambahkan, mungkin sedikit tazkirah tentang kesakitan ketika mati perlu menjadi perisa, atau tazkirah azab kubur dapat menjadi tonik mujarab. sesekali lapangkan masa untuk kita mencari rasa.

Hati-hati…

October 13, 2009
Dalam perjalanan menuju padaNya, kita sering bimbang kalau-kalau riak dan takabbur mula bersarang. Atas kesedaran kita berusaha untuk menjauhinya dengan amalan dan zikir. Sesekali kita terasa kita telah berjaya mengikis sikap riak dan takabbur ini dengan menunjukkan sifat tawadduk dan rendah diri. Ironinya jika kita menguar-uarkan sifat tawadduk kita tadi, kita sekali lagi menjadi riak tanpa disedari. Alahai…..

Warisan

October 12, 2009
Keris, lembing dapat kita wariskan pada anak-anak dan keturunan kita. Alangkah bertuahnya kita jika dapat kita wariskan adab sopan dan budi bahasa pada anak-anak kita. Mampukah keris lembing “kelas A” memberi pedoman kehidupan kepada anak-anak kita… kalau tak mampu, nampakknya ia adalah tanggungjawab hakiki kita. Begitu juga ilmu pendekar yang kita pelajari, dapatkah ia membentuk kita menjadi seorang yang budiman. Cakap senang, bila bertemu dengan situasi sebenar, ilmu entah ke mana,falsafah entah ke mana. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri agar bertemu diri tajalli.

Terima kasih….

October 12, 2009
Walaupun jarang-jarang update dan tidak berjualan di blog masih ramai sahabat-sahabat yang mengunjugi blog ini. Bilangan pengunjung masih lagi bertahan. Panggilan teefon, email dan sms masih lagi ada walaupun tidak sekencang dahulu. Bukan tak mahu menulis, tapi idea “tak mari” dalam sehari dua ini. Kepada penempah-penempah sarung,pendokok, hulu dan sebagainya jika siap akan saya maklumkan. Meriahkan dunia perkerisan dengan pesahabatan dan silaturrahim. Dunia perkerisan moden hanya satu hobi, jangan jadikan ia punca untuk bermasam muka sesama kita.