Archive for September, 2007

Zamrud

September 30, 2007

Sebagai seorang lelaki berkerjaya sebaik-baiknya anda memakai sebentuk cincin zamrud yang agak baik kualitinya. Pada masa kini cincin zamrud yang sederhana dan tidak keterlaluan harganya ialah sekitar RM1500.00 ke atas. Apabila hendak membeli zamrud perhatikanlah kejernihan dan kebersihan air zamrud itu. Seboleh-bolehnya batu permata zamrud tidak retak dan tidak ada kekotoran di dalamnya. Semakin hijau dan telus cahaya semakin mahal harga zamrud. Apabila kita memakai zamrud yang berkualiti biasanya orang yang arif akan meminta untuk melihatnya dengan lebih dekat. Itulah keseronokan apabila kita bermain dengan permata.

Zamrud ialah antara batu-batu permata yang bernilai tinggi. Zamrud yang berkualiti harganya mengatasi berlian. Zamrud dikenali dengan nama lain “Emerald” . Ia telahpun dilombong sekitar tahun 300 hingga 500 sebelum Masihi. Zamrud dikatakan sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan Mei. Pada masa kini adalah tidak rugi jika kita membeli atau menyimpan zamrud yang bermutu tinggi kerana harganya sentiasa meningkat. Walau bagaimanapun berhati hatilah semasa membeli agar tidak tertipu.Zamrud yang beratnya sekitar 10 karat kebawah harganya adalah antara RM 60.00/karat hingga 100/karat.

Mewahnya Bumi Malaysia

September 29, 2007
Petang semalam aku keluar ke KB. Dalam kesesakan jalanraya yang pada tahap membosankan, sampai le jugak aku sekeluarga ke KB Mall. Orang berpusu-pusu memilih dan membeli. Hajat di hati, nak beli baju raya untuk si Ain tapi disebabkan ramainya orang, aku tak reti nak memilih dan membeli. Bak kata suamiku, gelewa’ sangat, beli lain kali je lah. Dalam berjalan-jalan tu, sempat jugak le aku beli buah kurma untuk berbuka. Macam-macam jenis ada, yang bersaiz kecil, besar, bulat, panjang, merah, kuning, keras, lembik, semua ada… Maklumle pokoknya pun ada di situ. Tengokle… Mewahnya penduduk Malaysia, sampaikan pokok kurma pun boleh tumbuh dengan subur.(ops, pokok plastik)
Keluar dari KB Mall, kami ke pasar Ramadhan kat stadium. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Kesian para penjual, bukan sebab makanan tak laku tapi kasihan kerana masing-masing terpaksa berpaut pada besi khemah dek ribuk yang kuat. Kami memerhati je dari dalam kereta, takut nak keluar. Bila ribut dah reda, kami pun meredah hujan untuk sampai ke khemah jualan. Ramai yang buat macam tu, so no hal le… Si Ain pula bukan main seronok lagi main air. Dalam hujan macam tu pun, orang berpusu-pusu jugak. Dengan kata lain, pasar Ramadhan tetap meriah w/pun dalam hujan ribut……
Dalam perjalanan balik, deretan gerai yang menjual kuih muih dan lauk pauk di Cabang 4 Cherang, JPJ Panji, Kedai Lalat dan lain-lain semuanya berjalan seperti biasa. Mewahnya bumi kita dengan bermacam-macam jenis makanan dan minuman.
Di Kelantan sekarang ni, masih lagi dibanjiri dengan buah-buahan terutamanya dokong dan duku. Tahun ni dokong dan duku memang menjadi, tapi ramai yang merungut tak laku dijual. Harga di pasar Rm1/1 kilo. Jadi berapa sen orang kampung jual kepada pemborong? Sudahnya ramai yang membiarkan dokong gugur je tanpa dipetik.
Masa aku balik dari pasar Ramadhan semalam, ada duku satu plastik depan pintu ( orang bagi le tu ) dan lebih kurang setengah jam lepas tu, sepupuku hantar pula dokong. Mewah…mewah… yang acap kali menyebabkan berlaku pembaziran. Banyaknya dokong menyebabkan pemiliknya tak tahu nak bagi pada siapa dan nak jual kat mana. Eh, kenapa tak jual luar dari Kelantan. Negeri-negeri lain musim dokong n duku jugak ke sekarang ni?
Walau apa pun, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan Allah swt.

>Batu cincin dan permata

September 29, 2007

>Hari ini saya ke kedai permata di Kota Bharu, bertemu rakan-rakan seperti Haji Husin(Tauke permata di Aked UDA) Kamal (kedai cincin dan permata), Kori (tukang canai batu permata) dan ramai lagi rakan-rakan. Saya juga sempat singgah di Kedai Batu Permata Cinta Sayang dan Kedai Batu Permata Ori. Hari ini saya ambil 4 biji permata dari Kedai Ori, 3 biji permata citrine dan 1 biji permata “cat eye crystalbryl”. Manakala Zamrud pula saya ambil dari Kedai Permata cinta sayang. Membeli permata dan juga mengumpul cincin adalah antara hobi yang paling saya sukai. Jika saudara juga minat membeli permata di sini saya berikan sedikit tip membeli permata :

1. Saiz permata mesti bersesuaian dengan saiz jari anda. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar.

2. Kategori permata yang anda pilih. Bagi orang Melayu terdapat beberapa jenis permata yang mereka gemari. Antaranya ialah zamrud, delima, nilam , firus dan aked. Terdapat juga peminat cincin yang membuat permata dari jenis kayu atau batu berdasarkan “power” permata itu seperti koka, pelbagai teras kayu, besi dan sebagainya.

3. Kekerasan batu atau “hardness”. Kekerasan batu yang sesuai dibuat batu permata bagi lelaki ialah 6.5 ke atas. Tanyalah tuan kedai batu permata tentang skala kekerasan batu permata yang anda ingin beli.

4. Sebaik-baiknya belilah batu asli dan jangan beli batu permata sintetik ataupun yang telah dinaik gred (dibakar).

5. Permata akan kelihatan amat menarik dan berkilau jika berada di dalam kedai permata kerana disuluhi oleh lampu-lampu. Jadi bawalah permata itu ke tempat yang agak gelap sedikit ataupun di luar kedai untuk melihat kualitinya jika tidak disuluh dengan cahaya lampu.

6. Jangan terus membeli tetapi buatlah perbandingan dibeberapa kedai dahulu terutamanya jika harga permata itu melebihi daripada RM50.00.

7. Belilah batu permata bukannya “power” yang ada pada batu permata. Bersambung….

Batu cincin dan permata

September 29, 2007

Hari ini saya ke kedai permata di Kota Bharu, bertemu rakan-rakan seperti Haji Husin(Tauke permata di Aked UDA) Kamal (kedai cincin dan permata), Kori (tukang canai batu permata) dan ramai lagi rakan-rakan. Saya juga sempat singgah di Kedai Batu Permata Cinta Sayang dan Kedai Batu Permata Ori. Hari ini saya ambil 4 biji permata dari Kedai Ori, 3 biji permata citrine dan 1 biji permata “cat eye crystalbryl”. Manakala Zamrud pula saya ambil dari Kedai Permata cinta sayang. Membeli permata dan juga mengumpul cincin adalah antara hobi yang paling saya sukai. Jika saudara juga minat membeli permata di sini saya berikan sedikit tip membeli permata :

1. Saiz permata mesti bersesuaian dengan saiz jari anda. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar.

2. Kategori permata yang anda pilih. Bagi orang Melayu terdapat beberapa jenis permata yang mereka gemari. Antaranya ialah zamrud, delima, nilam , firus dan aked. Terdapat juga peminat cincin yang membuat permata dari jenis kayu atau batu berdasarkan “power” permata itu seperti koka, pelbagai teras kayu, besi dan sebagainya.

3. Kekerasan batu atau “hardness”. Kekerasan batu yang sesuai dibuat batu permata bagi lelaki ialah 6.5 ke atas. Tanyalah tuan kedai batu permata tentang skala kekerasan batu permata yang anda ingin beli.

4. Sebaik-baiknya belilah batu asli dan jangan beli batu permata sintetik ataupun yang telah dinaik gred (dibakar).

5. Permata akan kelihatan amat menarik dan berkilau jika berada di dalam kedai permata kerana disuluhi oleh lampu-lampu. Jadi bawalah permata itu ke tempat yang agak gelap sedikit ataupun di luar kedai untuk melihat kualitinya jika tidak disuluh dengan cahaya lampu.

6. Jangan terus membeli tetapi buatlah perbandingan dibeberapa kedai dahulu terutamanya jika harga permata itu melebihi daripada RM50.00.

7. Belilah batu permata bukannya “power” yang ada pada batu permata. Bersambung….

Orang Yang Bijak

September 28, 2007
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Orang yang bijak ialah orang yang boleh menguasai diri dan beramal untuk kehidupan sesudah mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikut kehendak hawa nafsu dan banyak berangan-angan kepada Allah”.
Menguasai diri dan beramal untuk kehidupan sesudah mati ialah dengan melaksanakan segala amalan yang mendapat keredhaan Allah, yang memungkinkan pahala amalan itu terus mengalir kepadanya sesudah mati. Dengan itu, orang yang bijak akan mengatur masa hidupnya dengan mengerjakan amalan yang sentiasa mengalir pahala kepadanya secara terus menerus.
Sayugia diingatkan bahawa segala nikmat di dunia adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Justeru itu, mereka yang berakal dan bijak sahaja yang dapat memandang jauh ke hadapan dan tidak terpedaya dengan nikmat sementara yang ada di dunia ini. Mereka sedar bahawa di akhirat kelak, tiada siapa yang boleh memberi pertolongan kecuali amalan yang telah disiap sediakan semasa di dunia.
Sementara itu, orang yang lemah ialah orang yang masih belum sempurna iman dan akal fikirannya di bawah kekuasaan hawa nafsu. Mereka sengaja melupakan bahawa kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Berangan-angan kepada Allah pula bererti pandai berdoa dan bermohon tetapi tidak mahu beramal dan bekerja untuk dunia dan akhirat. Mereka termasuk ke dalam golongan yang pemalas, lemah dan menipu diri sendiri. Golongan pemalas dan suka berangan-angan ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri bahkan merosakkan kemajuan masyarakat dan kemuliaan agama Islam.
Kesimpulannya, sebagai seorang yag berakal dan bijak, kita hendaklah menguasai diri dan berusaha untuk kehidupan di dunia tanpa mengabaikan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Kita juga mesti ingat bahawa angan-angan tanpa usaha adalah sia-sia dan orang yang lemah ialah orang yang tunduk di bawah kekuasaan hawa nafsu. Wallahu A’lam.