Archive for June, 2009

Warisan…..

June 30, 2009
Kerja pembuatan keris dan pertukangan besi adalah dianggap kerja warisan dan keturunan. Melalui sedikit pengalaman yang masih hijau, saya dapati kenyataan ini adalah benar pada sesetengah keadaan dan boleh digunapakai. Walau bagaimanapun bagi mereka yang baru bermula sebaga tukang besi dan tukang keris, merekalah yang mula-mula mewariskan kepada keturunan mereka. Apakah kita akan menolak hasil kerjatangan tukang baru, atau kerana kita menolak keris baru. Setiap mereka yang ingin menceburkan diri dan berjaya dalam sesuatu bidang mesti berbekalkan ilmu, sehubungan itu tukang-tukang baru juga bekerja berdasarkan ilmu yang mereka pelajari. Persoalannya siapakah yang mula-mula mencipta keris, mungkin berdasarkan ilham atau proses evolusi daripada senjata-senjata lain. Kalau dari ilham, adakah tukang-tukang baru tidak boleh bekerja berdasarkan ilham mereka?

Seputar pertandingan Silat Sekolah-sekolah Kelantan

June 30, 2009


Sokongan ibu-bapa dan guru-guru merupakan salah satu faktor pencetus minat anak-anak untuk menceburi bidang silat dengan lebih serius. Ruang juga perlu dibuka seluas-luasnya untuk mengetengahkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Adalah satu kesilapan besar jika kita menafikan hak mereka dengan pelbagai helah untuk kepentingan kelompok-kelompok tertentu.

June 29, 2009

Bermula 30Jun, 1 dan 2 julai (sebelah siang), jika ada apa-apa urusan bolehlah sms saya, call tidak digalakkan kerana saya terlibat dengan pengadilan silat. InsyaAllah bila lapang saya akan call balik. Terima kasih

Menjawab pertanyaan sahabat tentang sparing.

June 29, 2009
Bagi saya sparing adalah amat perlu bagi pesilat yang ada keinginan untuk menjadi pendekar. Mungkin cara saya berbeza dengan guru-guru gayong yang lain. Saya berpendapat adalah tidak cukup syarat jika belajar silat tanpa disulami dengan sparing. Ini kerana sparing ibarat ujian bulanan bagi pelajar sekolah dan perkelahian sebenar ialah peperiksaan Awam ( PMR,SPM dan STPM). Tidak timbul soal cedera dalam sparing kerana silat mengajar kita erti persahabatan dalam perkelahian.

Saya selalu berpesan pada murid-murid saya, mereka tidak layak menjadi jurulatih jika tidak berani sparing dengan anak murid. Ataupun mereka hanya layak main pondok-pondok atau main masak-masak sahaja. Silat ialah pertempuran dan bergasak, itulah penamat jalan ceritanya. Kalau bersilat setakat berteori dan takut sakit, bengkak atau lebam , saya selalu nasihatkan anak murid saya agar belajar memasak ataupun belajar menjahit sahaja. Maaf jika jawapan saya tidak memenuhi kehendak soalan sahabat.
Berkenaan dengan buah-buah tangkapan, saya beranggapan kita boleh melakukannya jika kita betul-betul cekap. Tapi tidak semua tangkapan praktikal untuk semua keadaan. Dalam suasana tertentu buah pukulan adalah lebih berkesan. Deretan buah pukul semasa latihan sebenarnya adalah untuk melatih pembentukan fizikal dan juga psikomotor pesilat.
Wallahualam.
(maaf lambat reply, agak sibuk sedikit dengan tugas hakiki)

Kursus Pemantapan Wasit Juri JPN Kelantan

June 28, 2009

Kursus Pemantapan Wasit Juri Majlis Seni Silat JPN Kelantan.
Tempat : SK Pulau Kundur Kta Bharu
Bilangan Peserta : 53 orang

Masih ramai yang jujur….

June 27, 2009
Walaupun dunia hari ini penuh dengan jenayah dan penipuan, sebenarnya masih ramai lagi mereka yang jujur dan berhati mulus. Seringkali dalam urusan jual beli saya ketemukan sahabat sahabat yang jujur dan tidak berkira. Kadangkala saya telah menghantar barang jualan saya pada sahabat-sahabat walaupun mereka belum bayar. Kadangkala ini terjadi kerana ingatkah duit dah masuk dalam akaun, ada juga kerana salah faham dan kekeliruan. Walau bagaimanapun sahabat-sahabat pembeli saya terdiri daripada mereka yang jujur. Mereka membuat pembayaran dengan baik dan tidak pernah lupa halal haram. Ada juga yang menyimpan baki lebihan bayaran dalam akaun saya untuk urusan pembelian masa hadapan. Terima kasih atas keikhlasan sahabat semua.

Musim Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah

June 27, 2009
Bermula bulan Mei, guru-guru penasihat, jurulatih dan pelajar pelajar yang terlibat dalam silat disekolah mula sibuk. Pertandingan silat peringkat daerah dan negeri sedang berjalan. Wasit juri juga mula mengembara dari satu daerah ke satu daerah bagi membantu melicinkan pertandingan. Bertandinglah dalam semangat setiakawan dan kesukanan yang sejati. Jangan gaduh-gaduh.

Dunia perniagaan

June 27, 2009
Semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada seorang “wedding planner”. Beliau inginkan 2 pasang pesilat yang boleh bermain senjata parang dan keris. Sahabat kita ini juga inginkan muzik life. Kerana berada di luar kawasan saya menyerahkan tugasan ini pada anak buah saya untuk menguruskannya. Malangnya apabila semua urusan dan persiapan selesai, trip yang sepatutnya diperolehi oleh sahabat “wedding planner” kita tadi telah disapu oleh orang lain. Saya memohon maaf bagi pihak beliau kepada pesilat-pesilat dan juga pemuzik serta pengurus-pengurus yang telah berusaha untuk membantu . Kasihan sahabat kita.

Silat dan cakap

June 27, 2009
Bercakap tentang silat lebih mudah daripada bersilat. Pelbagai teori dapat kita lancarkan untuk mematahkan serangan lawan. Tapi dalam sparring yang sebenar terutama dari mereka yang lain perguruan, tidak semudah yang dikata. Kalau sesama perguruan kita hanya menanti rakan sparring kita memulakan serangan, kita hanya perlu mengikut dengan serangan bertubi-tubi. Dalam tempur yang sebenar ada tipu helah, ada silap ada silau, ada kilat.

Sampir tampahan khas En.Zaid ( putrajaya)

June 27, 2009