Archive for the ‘Membebel lagi’ Category

Keris dan perniagaan

July 17, 2008

Dalam Islam 9/10 daripada rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Sehubungan dengan perkara itu saya ingin berkongsi pandangan tentang perniagaan keris. Untuk makluman sahabat-sahabat semua, perniagaan keris dianggap sesetengah orang sebagai perniagaan yang menguntungkan. Itu mungkin betul dan mungkin juga salah. Ini kerana untuk berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan tidak semudah mulut bercakap. Di sini saya perturunkan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum menuturkan sesuatu mengikut sedap mulut kita sahaja:

(1) Modal untuk mendapatkan stok dalam jumlah yang besar agar pelanggan sentiasa ada pilihan. (2) Mendapatkan bekalan keris secara berterusan. Amat sukar jika kita hanya berbekalkan modal semata-mata. (3) Mendapatkan kepercayaan pelanggan. Membina satu rangkaian pelanggan yang setia amat sukar. (4) Menguruskan tempahan. Ini amat sukar, kerana kita perlu berhadapan dengan 4 masalah utama iaitu pelanggan/penempah, tukang, masa dan juga kualiti kerja apabila tempahan siap. (5) Mewujudkan satu rangkaian sahabat-sahabat yang sentiasa membantu untuk melicinkan urusan penempahan.

Walau bagaimanapun saya berazam untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini kerana ia adalah sinonim dengan saya yang terlibat secara serius dalam bidang persilatan. Saya juga telah berjaya membantu ramai kenalan saya meringankan tanggungan hidupnya.

Untuk makluman sahabat, saya telah berjaya mewujudkan suasana meriah di kalangan tukang besi dan juga peniaga keris. Ini kerana pertambahan bilangan tempahan amat luarbiasa sekali. Dengan kata lain saya telah berjaya memasarkan kerjatangan tukang-tukang Kelantan dalam skala yang lebih besar dan merentasi negara.Perniagaan ada etikanya, InsyaAllah dunia perkerisan tidak akan laput ditelan zaman selagi kita berniaga dengan jujur dan amanah. Saya juga berdoa kepada Allah semoga perniagaan saya diberkati dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Advertisements

>Keris dan perniagaan

July 17, 2008

>Dalam Islam 9/10 daripada rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Sehubungan dengan perkara itu saya ingin berkongsi pandangan tentang perniagaan keris. Untuk makluman sahabat-sahabat semua, perniagaan keris dianggap sesetengah orang sebagai perniagaan yang menguntungkan. Itu mungkin betul dan mungkin juga salah. Ini kerana untuk berjaya dalam sesuatu bidang perniagaan tidak semudah mulut bercakap. Di sini saya perturunkan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum menuturkan sesuatu mengikut sedap mulut kita sahaja: