Archive for March, 2012

Buruk memburuk

March 29, 2012
Mati itu pasti, yang silap kita betulkan. Yang tak elok kita pakat-pakat tegur. Bukan orang lain pun, mereka itu saudara kita juga. Udang yang ada di sebalik batu kita tangkap dan pakat ramai-ramai masak lemak cili api.
Advertisements

Cepat panas…

March 29, 2012
Biasanya motor saiz kecik dan beban kerja yang berat menjadikan mesin cepat panas. Manusia pula kalau cepat panas dan kuat anginnya pasti ada sesuatu yang tidak berapa beres. Kalau mesin kita boleh overhaul, kalau orang senang je, kita jangan layan dan biarkan ia sendirian. Biar ia bergaduh dan berperang dengan perasaan sendiri. Baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah… .

*kurangkan polemik, lebihkan bertahkik mencari jalan kelik.

Terbaik untuk hambaNya.

March 28, 2012

Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk kita. Namun sesekali fikiran kita bercabang kerana banyak fikir dan terlupa zikir barangkali. Janganlah sesekali meletakkan nilai material  di depan dalam merenung takdir dan tadbir Maha Pencinta. Senyum sokmo.

Alahai…..

March 25, 2012
Hidup ini satu perjalanan. Jadi di sepanjang perjalanan banyak yang kita lihat dan pelajari. Bergeraklah dengan hati dan akal yang waras. Lihatlah….usahlah kita terus-terusan menyiram racun dan menanam pokok berduri. Tak kemana… kerana kita sendiri yang akan terminum racun dan kita sendiri yang akan terpijak duri.

Sundang Lipas Tempahan Sdr.Najib

March 24, 2012

Pedang Melayu RM350.00 ( SOLD )

March 23, 2012

Panjang bilah 21 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang sarung sena
Logam tembaga

Tak sempat masuk blog..

March 22, 2012

Maaf pada sahabat-sahabat kerana banyak produk jualan yangtak sempat masuk blog akhir-akhir ini. Banyak yang dijual secara off line. InsyaAllah saya akan cuba banyakkan lagi pengeluaran.

March 21, 2012
Tiada daya dan upaya. Hina , daif, fakir, lemah. Reda dan berserah pada Tuhan yang Maha Esa. Berjalanlah atas landasan kerana ia lebih mudah, jika tidak kau akan dipaksa berjalan walaupun dada terseret batu kelikir.

Tiada modal…

March 21, 2012
Dalam sehari dua ni tak tahu apa yang nak ditulis…., duduk di hadapan laptop semua tak jadi. Nak masukkan produk jualan pun tak ada mood. Namun rezeki Allah tak terduga, banyak jualan saya buat secara off line. Terima kasih pada sahabat semua yang masih lagi memberi kepercayaan.

HSS – High Speed steel ( istimewa untuk Ustaz Derol )

March 18, 2012

Sulung tangan – Besi HSS  Chubb from Germany. Saya olahkan menjadi pisau berhulukan tanduk rusa. Penyangga tembaga, temim aluminium.  Tak boleh nak cakap apa.. PUAS HATI. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.