Archive for October, 2010

Esok pos barang….

October 31, 2010

Maaf kepada sahabat-sahabat, Kelantan cuti hari ini, InsyaAllah esok semua parcel akan dioskan.

Seronok bila ada yang sudi…

October 31, 2010
Cuti hujung minggu saya habiskan dengan mengadap sifu besi. Terima kasih kepada sifu kerana sudi mengajar saya mengenal besi. Terasa hati berbunga bila ada yang sudi mencurahkan ilmu yang amat berharga. Sains, teknologi, pengalaman serta kebijaksanaan menjadikan ilmu besi bukan sekadar mistik dan retorik samata-mata.

Badik kecil berpamor sarung kemuning hitam hulu gading

October 28, 2010

Versi Cenderamata untuk VIP

October 28, 2010

Panjang keseluruhan 12 inci
Bilah 9 inci.
Harga RM1500.00 termasuk casing. ( stok 2 shj )

Pasang surut

October 28, 2010
Kadangkala ilham datang mencurah-curah, pelbagai perkara boleh ditulis. Kadangkala ilham tak muncul-muncul, tak ada apa yang nak ditulis. Ilham bukan boleh dipaksa-paksa. Begitu juga perasaan, ia pelbagai. Ada gembira, sedih, marah, keciwa dan seringkali tidak puashati. Walau apapun yang dirasai, ia adalah kerana “hidup”.

Lautan mana yang tak bergelora..

October 28, 2010
Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Itulah pepatah Melayu yang menggambarkan kehidupan manusia yang tidak sunyi dari masalah. Masalah adalah teman akrab bagi manusia. Jika tidak ada masalah dan tidak ada lagi tanggungjawab maka tugas kita di muka bumi ini sudah tamat, sepatutnya kita tidak perlu lagi berada di sini.

Bilah kerambit/lawi ayam tempahan sahabat baru siap (SOLD)

October 28, 2010


Jaga-jaga….

October 27, 2010
Hobi adalah satu juzuk dalam kehidupan. Peratus kepentingannya terletak kepada kita untuk menentukannya. Jika kepentingannya mengatasi kepentingan-kepentingan lain terutamanya keluarga maka ia boleh membawa bencana. Jadi berpada-padalah, jangan sampai lupa diri dan lupa kita akan mati.

Yang merah itu saga…..

October 27, 2010

Yang indah itu bahasa dan yang cantik itu budi. Dalam masyarakat Melayu cantuman antara budi dan bahasa merupakan intipati dalam perhubungan.

Keris Alang RM650.00 SOLD

October 27, 2010


Panjang keseluruhan 25 in
Panjang bilah 18 inci
Hulu/sampir kayu kemuning
Batang sarung sena
(Bilah baru tukang Mazlan/ Sampir Tukang sufian)