Archive for December, 2011

Cerita dari seorang sahabat

December 31, 2011
Kisah gurunya yang beli batu jed dengan harga RM10.00, masalahnya ramai orang sibuk kata itu bukan jed, ada yang kata batu itu dan batu ini, ada power dan tak ada power, macam-macam lagi perdebatan yang timbul tentang batu jed tersebut. Berkali-kali guru tu tegaskan itu jed, tapi mereka berkeras bahawa pendapat mereka yang betul. Akhirnya guru itu berkata “Itu batu aku, aku kata jed, jedlah, yang kau dok sibuk-sibuk dengan batu aku apa pasal, sibuk dengan batu engkau lagi baik”.

Ilmu

December 30, 2011
Ilmu Allah Taala maha luas. Sekelumit yang mampu dimiliki hambanya. Namun jika kita pakar dalam ilmu matematik jangan pula bila buka mulut jer…cerita tentang matematik, pagi petang siang malam tak ada cerita lain melainkan cerita matematik. Boringla… seronok juga kalau kita guna ilmu matematik dalam kehidupan seharian. Kita kira berapa banyak untung yang kita dapat hasil jualan, berapa kita nak bagi sedekah minggu ini, kita kira berapa kali tahun ni buat salah dengan kawan-kawan, kita kira juga berapa banyak hutang orang yang kita belum bayar. Itulah gunanya ilmu, untuk dipraktikkan, bukan untuk disembang-sembangkan.

Sepatah selidah

December 30, 2011
Ada anak tiong yang baru pandai bercakap, 10 patah perkataan yang diajar oleh tuannya dilagukan pagi dan petang. Namun kini tiong sudah mula pandai, perbendaharaan katanya sudah menjadi lima belas patah perkataan, perkataan baru itu ialah, maki hamun dan sumpah seranah pada tuannya kerana ajarkan cuma 10 patah perkataan. Sebenarnya tuan tak nak ajar pada tiong banyak-banyak kerana tuannya tahu tiong memang kaki cakap dan akan patuk tangan tuan suatu hari nanti.

Sukat dalam bakul kita

December 29, 2011
Kaedah menuntut ilmu silat. Jika jumpa guru tua usah disukat ilmu orang lain. Sukat yang ada dalam diri kita dan menuntutlah sebanyak mungkin darinya. Jangan banyak helah, banyakkan berlatih. Bila dah ada dalam dada, simpanlah… jangan mengada-ngada. Bila perlu dan sampai ketika, minta izin dari guru, ajarkan pada yang layak dan berkehendak.

Cukup sebotol….

December 28, 2011
Ada sebotol minyak urut. Pelbagai penyakit boleh diubati dengannya. Cara guna.. gosok, minum, titis dan hidu. Pendek kata dengan sebotol 1000 jenis penyakit boleh sembuh. Sayangnya sipenjual pula hari isnin setiap minggu ke Hospital besar untuk rawatan sakit sendi, asma dan diabetis.

Cari cari..

December 28, 2011

Apa yang kita cari sebelum mata tertutup. Kita cari rezeki, insyaallah dapat.. halal atau haram. Kita cari teman.. kawanan atau sahabat. Kita cari nama…mengharum atau membusuk.

Sampir Kemuning Hitam Tempahan Sahabat

December 28, 2011

Pandai Saras Tempahan Sahabat

December 28, 2011


Irama canggung

December 27, 2011
Lantai tak jongkang jongkit, gendang pula tak sumbang bertingkah.Malangnya pesilat marahkan lantai dan tukang gendang kerana tarinya sumbang. Ketika gendang perlahan kita rancak menari, ketika gendang bertalu-talu kita gemalaikan tari. Senang kata, kalau tak pandai belajarlah, kalau pandai mengajarlah.

Memanjat tak cukup sulur….

December 27, 2011

Bila sulur baru dah tak tumbuh berhentilah memanjat, takut-takut terputus akar. Cukup-cukuplah dengan apa yang ada.