>Untuk apa belajar silat…..

>

Kalau dulu kita mengatakan belajar silat untuk mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara. Kini orang belajar silat untuk macam-macam. Walaupun kalau kita berdebat mereka tidak akan mengakuinya. Lihatlah fenomena yang berlaku pada hari ini. Bila dah handal dan hebat, orang-orang silat boleh jadi satu ancaman pula. Ingatlah, hidup ini hanya sementara, sebaiknya penghujung kehidupan kita di jalan Allah, bukan jalan samseng dan jalan haram. Carilah redha Allah.

6 Responses to “>Untuk apa belajar silat…..”

  1. nadzirah razalli Says:

    >manusia sekarang terlalu leka..

  2. IndukYati Says:

    >salam..cikgudulu sy belajar silat sebab diajak oleh kawan2..bila dah belajar..dtngnya minat..bila dah minat dan faham…kita meneruskan perjuangan pahlawan2 negara kita dulu…bila dah lama sikit kita faham silat itu utk apa.."bukan bersilat kerana silat""bukan bersilat kerana agama""bersilat kerana Allah dan Rasul"

  3. C L J Says:

    >Mahukah anak anak zaman kini belajar seni silat kalau mereka sekurangnya kena belajar gerak tarinya sahaja selama tiga bulan ? Lepas itu barulah diberi pendedahan tentang selok belok buah pencak. Itupun kalau anak itu membuktikan jatidirinya pada nilai melayu yang murni dan mulia itu. Inshaallah seorang pesilat tidak akan menyongsangi adat budaya bangsa, tanah air dan ugamanya. Wallahuaallam.

  4. syahir Says:

    >dahulu saya belajar silat semata2 untuk mempertahankan diri, supaya berani. pastu saya dpt kebolehan mengubati orang kerana amalan batin yg terdapat dalam silat tersebut. akhirnya sampai satu masa saya 'penat', sampai bila saya hendak begini. kemudian saya 'merudum', saya hilang punca, kerana dahulu saya belajar silat untuk hebat, dah hebat, nak tala ke sapa pula, jadi saya saja2 pi 'black area' mcm petaling street, central market dan lain2 tempat untuk 'mencari pasal', tapi pasal xdatang2 juga. akhirnya saya bosan dan mula meninggalkan 'silat batin' tersebut. sehinggalah satu hari saya terbaca majalah senibeladiri, saya tertarik pula dgn permainan keris, saya pi tengok dan hati tertawan, mula menanam cita2 untuk belajar silat tersebut, tapi saya bersyukur, saya bukan sahaja diajar berkeris, saya juga diasuh 'sabar', adat dan adab sebagai seorang melayu islam. akhirnya jadilah saya sptmana saya sekarang, saya melayu, saya berpijak di bumi nyata, tiada yg hebat melainkan Allah sahaja, tiada yg kekal melainkan Allah sahaja. kita sebagai melayu harus menghormati bangsa lain selagi mereka tidak memusuh kita. kita sebagai melayu adalah sebagai satu bangsa yang menjunjung nilai2 murni dalam islam, kita berbudaya, bersopan santun, dan hidup dalam suasana harmoni. melayu itu cantik sebenarnya jika 'kena' dgn asuhannya. bukan hebat yg kita cari, tetapi adalah 'keredhaan' daripada Allah swt semata2. begitulah pada 'rasa' dan pengalaman benar saya. wsalam.

  5. wallPluGz Says:

    >Subhanallah, tima kasih cikgu, tima kasih tuan syahir kongsi pengalaman, tima ksih semua, Allah Hu..

  6. IndukYati Says:

    >salam..syahir..lepas nie boleh lah cari pasal ngan saya lak..tak pasal2 jer..hehehe..dulu belajar silat utk jaga diri, dah dapat membela diri..bela diri dr buat jahat kat orang, bela keluarga dan masyarakat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: