Tumpang belajar

December 9, 2011

Kalau perahu mana dayungnya
Kalau guru mana muridnya

Menilai seseorang guru ialah dengan cara menilai muridnya. Jika ilmu yang diajar pada murid menyebabkan murid menjadi rosak maka kita kena semak sama ada ilmu itu salah atau guru yang salah mengajar. Jika ilmu yang dituntut tidak menjadikan akhlak murid semakin baik maka tentu ada sesuatu yang tidak kena. Guru bertanggungjawab atas gelagat karut anak-anak muridnya.

Kursus Seni Keris Gayong Bachok Part 2

December 9, 2011

Gayong Warisan Kelantan akan mengadakan kursus seni keris part 2 pada :

Tarikh : 9 hb Dis hingga 11 hb Disember 2011
Tempat: Kg Dusun Durian Tawang Bachok
Moderator : Pak Ngah Izahar Batu Kurau
Pembantu : En Safwan

* sila bawa keris sendiri

Salah sekali, betul dua kali

December 9, 2011
Ada orang belajar ilmu menyalak, gurunya si anjing ajar kalau betul salak dua kali, kalau salah salak satu kali. Jadi menyalaklah anak murid tak berhenti-henti kerana mereka rasa bahawa salakan mereka itu merdu dan dirindu-rindukan oleh orang lain. Akhirnya jadilah salak sana, salak sini. Bukit tak juga runtuh-runtuh. Jong keluar masuk anjing tetap bercawat ekor. Langsung tak berubah.

Hulu Kayu Teras Delima ( gembol)

December 9, 2011

Buntut kayu/gembol

December 9, 2011
Istilah buntut atau gembol ialah merujuk pada bahagian pokok yang membenjol atau membengkak. Bahagian ini akan menghasilkan corak plot yang buat-bulat berbintik. Gembol/buntut bukan spesies tetapi boleh ada pada semua jenis kayu. Namun untuk mendapatkannya adalah sukar. Antara kayu yang pernah kita lihat dan dengar ada gembol ialah jati, sena, mangga/pauh. Walau bagaimanapun sebagai peminat “spirit of the wood” jika terjumpa gembol pada mana-mana kayu cubalah dapatkannya kerana ia unik dan tersendiri.

Lihat dan rasa

December 7, 2011

Dalam menuntut, rasa lebih baik daripada dengar dan lihat. Mereka yang dah merasa akan bertambah kemas dan kejap pegangannya. Lantaran itu jangan ditukar haluan menuju Allah dengan ganjaran dan kelebihan dunia yang tak ke mana.

Langkah pelan-pelan

December 6, 2011

Bukan mudah untuk sampai. Sebab tu pesan orang tua langkah pelan-pelan. Maksudnya langkah yang ada perancangan, bukan langkah perlahan-lahan.

Terus terang….

December 6, 2011
Dari gelap terus menjadi terang benderang. Kalau dahulu gelap, samar-samar, kini sudah jelas. Allah itu maha adil. Jika nama yang kita cari maka dapatlah nama, baik atau buruk. Jika wang yang kita cari dapatlah wang, sikit atau banyak, halal atau haram. Tangan yang mencincang bahu yang memikul, sendiri buat sendiri ingat.

Sandiwara…

December 6, 2011
Hidup adalah lakonan. Namun atas pentas dunia ramai yang tak tahu memilih watak kerana ruang usaha dan ikhtiar. Ada yang seronok memilih watak penipu, sampai pengarah pun nak ditipunya. Yang lebih hebat pelakon berlakon jadi pelakon tanpa sedar yang ia adalah lakonan.

Badik Melela RM550.00 (SOLD)

December 6, 2011




Panjang keseluruhan 9 inci
bilah 6.8 inci
pakaian kemuning hitam


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.